Menurut ejen kepada Yaya Toure, Dmitri Seluk, Pep Guardiola tidak akan pernah memenangi gelaran Champions League lagi kerana bomoh Afrika tak mengizinkannya.
Manchester City menderita kekalahan 1-0 kepada Chelsea dalam aksi perlawanan akhir Champions League musim ini.
Ia bermaksud Pep Guardiola sudah hampir satu dekad tidak pernah memenangi gelaran UCL dengan kali terakhir beliau menjulang Piala keramat itu pada tahun 2011 yang lalu.
Pep Guardiola will never win Champions League again because African shamans won't allow it, says Yaya Toure's agent https://t.co/tX0oxqB8Dc
— Ole Gunnar Scamskjær (@Nigerianscamsss) May 29, 2021
Dalam tempoh sedekad ini juga, Pep Guardiola sudah mengendalikan dua kelab hebat seperti Bayern Munich dan kini bersama kelab terkaya England Manchester City.
Adakah ia kerana Pep mula terlebih berfikir berkait taktiknya dalam perlawanan di pentas Eropah? Atau taktikal beliau untuk perlawanan besar sudah boleh dibaca?
Jawapannya tidak! Tidak untuk ejen kepada bekas pemainnya, Yaya Toure yang mengatakan Pep sebenarnya terkena sumpahan bomoh Afrika.
Selepas kekalahan di Porto, para peminat kembali mengungkit komen Seluk pada tahun 2018 yang mana beliau mendakwa semua bomoh Afrika marah kepada bekas pengurus Barcelona itu kerana mengabaikan Yaya Toure pada tahun terakhirnya bintang Ivory Coast itu di Etihad.
Pep Guardiola sold Yaya Toure to Manchester City in 2010. Guardiola joined Manchester City in 2016 and Yaya Toure only started one Premier League game and played in 10 league games in 2017/2018.
Yaya Toure accused him of not liking African Footballers. pic.twitter.com/tNgYH5dto3
— Africa Facts Zone (@AfricaFactsZone) May 29, 2021
“Dia (Guardiola) membangkitkan kemarahan semua orang Afrika, ramai penyokong dari Afrika sudah berpaling dari Manchester City.”
Jelas Seluk.
“Dan saya sangat pasti yang ramai bomoh Afrika tidak akan membenarkan Pep Guardiola untuk memenangi Champions League lagi di masa hadapan.”
“Ini memang untuk Guardiola atas sumpahan Afrika. Hidup akan menentukan sama ada saya benar atau tidak.”
Banyak hal yang boleh diperdebatkan dalam hal ini, antaranya mungkin kekuatan bomoh Afrika tidak cukup hebat untuk menghalang Pep Guardiola dari memenangi kejuaraan domestik.
In 2018, Yaya Toure's agent claimed that Pep Guardiola had turned all of Africa against himself after his treatment of the ex Barca and Man City midfielder
He claimed that many African shamans would not allow Pep to win the Champions League again… 😬#UCLFinal #MCICHE pic.twitter.com/lZ91N9KBX4
— BettingOdds (@BettingOddsUK) May 29, 2021
Tidak kira apa hujah yang mahu menentang kenyataan dari Seluk, beliau tetap tegas menyatakan yang Pep sememangnya sedang terkena sumpahan bomoh Afrika.
“Fakta yang paling pasti adalah Pep Guardiola menamatkan karier Yaya bersama City bukanlah satu kesalahan tapi ia adalah satu jenayah.”
“Tapi dia harus ingat yang boomerang biasanya akan patah balik kepada dia.”
Jelas Seluk lagi.
“Kamu pasti akan terus lihat apa dan siapa bomoh Afrika yang sebenarnya. Ingat ini selalu.”
🗣 Yaya Toure's agent, Dimitry Seluk, on Pep in 2018:
"He turned all Africa against himself. I’m sure that many African shamans in the future will not allow Guardiola to win the UCL. This will be for Guardiola an African curse. Life will show whether I am right or not.”
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 29, 2021
Toure dan Guardiola sememangnya pernah melalui perhubungan yang agak dingin sebelum ini walau kedua-dua mereka pernah mencipta pelbagai kejayaan bersama-sama.
Pemain kebangsaan Ivory Coast itu beraksi untuk perlawanan akhir pertama Pep dalam aksi saingan Champions League pada tahun 2009, dengan beliau bermain di posisi centre midfielder dalam aksi kemenangan 2-0 menewaskan Manchester United.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2010 beliau telah meninggalkan Barca untuk menyertai Man City dan tidak mempunyai kenangan indah dengan bekas pengurusnya itu.
Toure kemudiannya menjadi salah seorang legenda Man City selepas mempamerkan aksi permainan yang sungguh menakjubkan sepanjang kariernya di Etihad.
''Pep Guardiola will never win the UEFA Champions League again because of an African voodoo curse' – Yaya Toure's agent, Dmitri Seluk.
Mwamba alisema mwaka 2018.#RememberTheName pic.twitter.com/VKomtdyyR2— Remember The Name (@albogastbm) May 29, 2021
Namun masa depan beliau berubah menjadi kelam selepas Pep Guardiola menyertai kelab pada tahun 2016.
Toure kerap diturunkan ketika awal karier Pep bersama Manchester City dan perlahan-lahan beliau semakin diketepikan hinggalah beliau dibenarkan untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim 2017/18.
Hal itulah yang membuatkan ejen kepada Yaya Toure bengang dan menyumpah Pep dengan mengatakan bomoh Afrika akan menghalangnya untuk memenangi Champions League selepas itu.
Yaya Toure’s agent warns Man City's Pep Guardiola of “African curse” https://t.co/a306zSSjkC via @MailOnline
— Ovie (@OvieO) May 29, 2021
Apa yang pasti, Pep Guardiola ketika ini masih menanti untuk mengikuti pengurus seperti Carlo Ancelloti, Zinedine Zidane dan Bob Paisley untuk memenangi Champions League/ European Cup sebanyak tiga kali dalam kariernya.
Adakah sumpahan itu akan kekal? Atau Pep selepas ini perlu jumpa bomoh di benua lain untuk mematikan sumpahan dari bomoh Afrika?