Pep Dedah Perbualan Beliau Bersama Zidane Selepas Tamat Perlawanan UCL Kemarin

Pep Guardiola telah menjelaskan secara terperinci tentang apa yang beliau bicarakan dengan Zinedine Zidane di tepi padang selepas tamat perlawanan kedua pusingan 16 liga Juara-juara musim ini.

Manchester City dengan jayanya berjaya untuk menyingkirkan Real Madrid dari kejuaraan liga Juara-juara musim ini.

Anak buah kendalian Pep Guardiola berjaya mara ke peringkat suku akhir selepas berjaya menewaskan Real Madrid 2-1 di Etihad Stadium.

Perlawanan pertama yang lalu, mereka turut cemerlang menewaskan Los Blancos di Madrid dengan keputusan yang sama pada Februari lalu.

Selepas tamat perlawanan di Etihad kemarin, Guardiola dan Zidane dilihat sedang berbicara di tepi padang secara peribadi.

Setelah lama berdua disitu dan pemain lain semua sudah kembali ke bilik persalinan, pengurus Manchester City itu telah mendedahkan apa yang beliau bicarakan dengan Zidane.

“Saya mengucapkan tahniah kepadanya atas kejayaan Real Madrid menjuarai saingan La Liga.”

Jelas pengurus dari Sepanyol itu dalam temu bual selepas tamat perlawanan.

“Saya selalu katakan bahawa untuk memenangi liga itu merupakan satu perkara yang sangat sukar, ini kerana ia mengambil masa 11 bulan untuk menghabiskan satu musim kempen liga.”

“Kami juga bercakap tentang keluarga kami dan saya turut mengucapkan selamat maju jaya untuk kerjayanya. Dia merupakan idola saya ketika saya masih bermain dahulu.”

“Saya pernah bermain bertemu beliau bersama pasukan Perancis dan saya sangat menderita kerana aksi hebatnya.”

“Dia merupakan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dan sebagai seorang manusia juga dia merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti.”

Real Madrid terpaksa turun tanpa ketua pasukan mereka, Sergio Ramos dan malang untuk Juara 13 kali UCL itu apabila pemain pertahanan mereka, Raphael Varane beraksi dengan hambar dalam perlawanan tersebut.

Bukan satu tapi dua kesilapan tidak masuk akal daripada Raphael Varane telah membuatkan Real Madrid terciduk di kaki Manchester City.

Kesemua gol Manchester City dalam perlawanan ini hasil kesilapan tidak masuk akal Raphael Varane merupakan pemenang Piala Dunia dan pelbagai gelaran lagi bersama Real Madrid.

City sangat berharap agar mereka berjaya untuk muncul Juara dalam saingan liga Juara-juara musim ini untuk pertama kalinya dalam sejarah kelab.

The Citizens juga berasa lega selepas Juventus tersingkir kerana tewas kepada Lyon, namun mereka tetap harus berhati-hati dengan kemampuan pasukan dari Perancis itu.

Sekiranya City berjaya menewaskan Lyon, maka mereka akan bertemu Barcelona atau Bayern Munich di peringkat separuh akhir nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.