Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dengan jujurnya mengakui bahawa beliau menjadi pengurus yang berjaya kerana menguruskan pasukan yang sudah sedia hebat.
Pep Guardiola telah dinobatkan antara pengurus bola sepak terbaik dunia ketika ini dan gelaran itu sudah diraih beliau sejak sedekad yang lalu.
Sejak mengambil alih Barcelona pada tahun 2008, Guardiola telah memahat nama sebagai seorang pengurus yang berkaliber dan bakal menguasai dunia.
Selama empat tahun di Barcelona Pep Guardiola telah menjulang 14 gelaran juara dalam semua kejohanan dengan corak permainan ‘Tiki-Taka’.

Pada 2013, Guardiola telah menjadi pengurus Bayern Munich di mana beliau telah memenangi tiga gelaran Bundesliga sepanjang tiga musim.
Selepas itu Guardiola telah ke Premier League untuk bersama Manchester City yang terkenal sebagai kelab penuh mewah dengan wang tanpa batas.
Bersama City, Pep juga dominan tetapi hanya di kejohanan domestik dan bergelut di kejohanan Eropah setakat ini.
Namun tidak semua setuju bahawa Guardiola merupakan pengurus bola sepak terbaik dunia kerana beliau menguruskan pasukan yang sudah hebat dan mempunyai pemain yang hebat.
Ada menganggap Guardiola sebagai bukanlah hebat tetapi hanya pengurus buku cek yang mana berjaya kerana diberi wang tanpa batas untuk dibelanjakan.
Terdapat juga yang memanggil Guardiola sebagai ‘Fraudiola’ dan ‘bald fraud’ atau Si Botak Yang Menipu.
Adakah Guardiola sendiri menanggap beliau sebagai pengurus yang terbaik seperti dinobatkan itu?
Jose Mourinho and Neymar have shaved their heads to show support for coach Pep Guardiola who has been struggling with bad results. This is why we love football, it's way more than just a game. #StayStrongPep #WeAreAllPep pic.twitter.com/TUB690MYCN
— Footy Humour (@FootyHumour) February 12, 2020
Pengurus berusia 49 tahun itu telah menjawab soalan ketika satu sidang media dengan penuh kejujuran dan bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan.
“Aku tidak pernah rasa aku eorang pengurus terbaik walaupun aku menang enam gelaran secara berturut-turut dan satu treble.”
“Aku menang kerana aku mempunyai pemain yang luar biasa di kelab. Pengurus lain yang lebih hebat tidak mempunyai pemain sperti ini dan tidak menguruskan kelab ini.”
“Aku pengurus yang baik tetapi bukan tebaik. Bagi aku pasukan yang bukan macam Manchester City dan aku tidak akan menang.”
Philippe Coutinho's option to buy is reduced from €120m to around €80m. However, the Brazilian didn't convince with his performances and is therefore unlikely to stay [SportBild] pic.twitter.com/r2kiwIFwst
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) February 12, 2020
Sungguh merendah diri kenyataan yang dikeluarkan oleh Pep Guardiola ini dan boleh membuatkan pengkritik beliau tidak senang duduk.