Penyokong Wolves Kecewa Van Dijk Handball Sebelum Gol Sadio Mane

Aksi Liverpool dan Wolves semalam dipanaskan dengan kontroversi VAR sekali lagi.

Ini bukan kali pertama VAR menjadi topik panas. Musim ini EPL mulai menggunakan VAR di dalam liga mereka.

Berjuta-juta penyokong Wolves telah merasakan gol Sadio Mane sebagai tidak sah dan harus diharamkan kerana Virgil Van Dijk terlebih dahulu ofsaid ketika proses gol itu berlaku.

Gol Mane itu sepatunta dibatalkan! Ianya tak sah dan tidak bersih.

Penulis sukan terkemuka Malaysia, Lee Seng Foo antara yang terawal tampil dengan kekecewaannya: “Saya setuju pandangan bahawa VAR bagus untuk bola sepak, namun gol Wolves yang dibatalkan itu menunjukkan bahawa peraturan offside harus ditukar.”

“Dan jika kamu semua tak setuju dengan saya dan semua perkara seharusnya berpandukan buku, maka gol Mane patut ditarik balik kerana Van Dijk tadi handball ketika build up.”

Virgil Van Dijk terlebih dahulu dilihat handball dan kemudian pemain kebangsaan Belanda itu melorongkan bola kepada Adam Lallana.

“Jenaka apakah ini? Handball oleh Van Dijk dalam build up gol Liverpool dikatakan tidak konklusif,” tegas George yang tak berpuas hati.

“Mereka membatalkan gol Wolves kerana ofsaid namun pada masa yang sama, handball Van Dijk ketika proses binaan gol itu dianggap tidak konklusif, ini sangat memalukan. VAR sudah hilang akal, “tegas The Man Utd Way dalam tweet mereka.

Ternyata penyokong Manchester United tidak mahu membiarkan Wolves bersendirian menentang penindasan seperti ini. Ini kerana Manchester United merupakan pasukan yang memiliki kuasa media sosial yang tertinggi.

Namun penyokong Liverpool tampil dengan satu footage yang mamparkan bahawa Van Dijk sebenarnya tidak handball. Tidak pasti ianya adalah video deepfake ataupun disunting oleh hacker kumpulan This is our Year.

Perperangan di media sosial terus menjadi panas di antara penyokong. Ada yang setuju ada yang tak setuju dengan pandangan masing-masing.

“Bola bergolek dengan dada Van Dijk dan dia mengalihkan tangganya ke lain. Tiada handball. Pergi balik menangis meminta Ole Out atau Glazer out, atau apa sahaja yang kelab pertengahan macam kamu buat masa ini,” tegas seorang pengguna twitter membalas komen Man Utd Way.

“Tak!”

Finlay pula berkata: “Nah ini dia video yang memaparkan ‘handball’ daripada Van Dijk,” tegas beliau dalam nada geram.

Liverpool menang 1-0 dalam petarungan menentang Wolves di mana satu jaringan Wolves dibatalkan kerana ofsaid.

Liverpool menamatkan 2019 dengan mendahului carta liga dengan 13 mata serta ada satu baki perlawanan di dalam tangan mereka.

Wolves pula gagal menjinakkan Liverpool di Anfield meskipun berjaya menewaskan pasukan handalan, Manchester City.

Liverpool pastinya mahu menamatkan musim liga kali ini sebagai juara. Maklumlah sudah lama sangat kemarau kejuaraan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.