Penyokong United Terasa Aib Dengan Tawaran £45 Juta + Lingard Untuk Dapatkan Maddison Dengan

Tidak pasti adakah ini satu lawak hambar ataupun di atas pengaruh barang terlarang? Manchester United hari ini melakukan sesuatu yang sukar diterima akal normal.

Mereka berusaha untuk mendapatkan James Maddison dengan menawarkan cash + pemain. Dan pemain itu adalah Jesse Lingard. Pemain yang lebih dikenali dengan tarian dan lagu binbinbin berbanding dengan gol dan assist.

Manchester United yakin nilai Jesse Lingard adalah £40 juta. Dan mereka menawarkan £45 juta lagi untuk memastikan Leicester sukar untuk menolak tawaran.

Bukan itu sahaja, Setan Merah juga menawarkan pakej gaji kenaikan 3 kali ganda kepada Maddison daripada £55,000 kepada £165,000.

Manchester United sudah lama berkenan dengan James Maddison. Namun sebelum ini mereka gagal untuk mendapatkan pemain tersebut.

Jesse Lingard bakat ‘prospek’ yang telah bersama United sekian lama. Beliau seringkali dikenali dengan panggilan Lingardinho di kalangan penyokong Man United.

Ole mahukan pemain tengah kreatif. Terutama sekali pemain seperti Mata sudah terlalu tua untuk beraksi seperti dahulu.

Selain itu, United masih berhasrat untuk mengejar 4 tempat teratas. Leicester City kini berada di tangga kedua di dalam liga. United pula di tangga kelima.

Brendan Rodgers dalam kedudukan terbaik ketika ini untuk membawa kibaran Leicester kembali semula ke Liga Juara Juara Eropah.

Lawak sebelum hari Isnin ini mengejutkan penyokong United sendiri dan mereka sendiri malu dengan apa yang mereka baca.

Menurut mereka, Leicester tidaklah terlalu dungu untuk merasakan itu tawaran yang bagus dengan adanya Lingard di situ.

Berikut adalah beberapa komen penyokong United.

Yahya berkata, macam biasa, kalau tak kelakar dalam jendela perpindahan bukan United namanya.

Ada yang menganggap perkara ini sangat tidak boleh diterima akal dan fikiran waras dan boleh menyebabkan orang lain mati ketawa.

Marcin berkata: Board Leicester akan mati sebab tergelak mendengar benda ini. Ianya satu penghinaan.

Beliau turut membayangkan wajah Lingard dalam persalinan Leicester.

Ryan pula menganggap tawaran ini sebenarnya hanyalah £45 juta kerana Lingard itu tiada nilai langsung iaitu 0.

Steve Conor pula berkata, jika Maddison terdesak sangat nak ke United, kerana tawaran gaji tinggi. Maka Leicester akan meminta rundingan semula bagi memansuhkan syarat kemasukan Lingard.

Ada juga yang mecadangkan agar United cuma memberikan duit dan gula gula starbust. Mungkin itu tawaran lebih baik.

Sebelum ini Manchester United sudah membeli Harry Maguire dari Leicester dan pemain itu kerapkali menjadi kapten pasukan mereka.

United membayar £80 juta untuk pemain yang dikenali dengan gelaran Slabhead itu bagi membentuk benteng Score If You Can.

United sangat perlukan Maddison dan pada masa yang sama pastinya keberatan melepaskan Jesse Lingard yang telah menjadi pemain yang banyak menghiburkan para penyokong.

Selain daripada James Maddison, United juga dikatakan cuba memancing beberapa lagi pemain lain untuk memperkuatkan barisan mereka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.