Penyokong United Mendapati Rashford Sedang Transform Menjadi Ronaldinho Baharu

Marcus Rashford tidak perlu melakukan terjahan keras untuk membunuh karier pemain lawan, sehingga menerima kad merah.

Tetapi beliau melakukannya dengan gaya skil luar biasa dan penuh berseni bercampur dengan fairplay.

Itulah Marcus Rashford, pemain hebat yang bermain untuk kelab hebat, Manchester United.

Pemain yang diingati dengan pelbagai momen magis termasuk sepakan percuma menewaskan penjaga gol Chelsea.

Walaupun seringkali dicanang sebagai Ronaldo baharu, Rashford ternyata memiliki keupayaan yang sukar untuk dipertikaikan.

Rashford menjaringkan 2 gol untuk membantu Manchester United menang mudah ke ata Norwich 4-0 di Old Trafford. Membolehkan mereka terus menghambat Chelsea untuk perebutan 4 tempat teratas.

Kunggulan dan kehebatan Rashford membuatkan beliau dijulang sebagai pemain terbaik perlawanan secara rasmi.

Beliau melakukan 16 hantaran tepat di zon serangan. Turut melakukan 4 gelecekan yang berjaya.

Rashford menjaringkan 2 gol daripada 3 percubaan tepat yang beliau lakukan dalam aksi ini. Beliau mencetuskan banyak sekali gerakan bahaya dan ancaman ke arah gawang lawan.

Gandingan beliau dengan Martial membuatkan pertahanan Norwich City mati akal untuk menghentikannya.

Bukan itu sahaja, malah Marcus Rashford turut menjadi bualan kerana menunjukkan skil Ronaldinho beliau dalam mengayamkan pertahanan lawan.

Para penyokong Manchester United menjadi tak keruan di media sosial menjulang nama penyerang mereka itu kerana kehebatannya menunjukkan skil yang tak semua orang boleh buat.

Rashford telah melakukan elastico yang tak mampu dibendung oleh pertahanan dan hanya mampu untuk melihat Rashford berlari melepasi mereka.

Elastico merupakan satu skil kegemaran Ronaldinho yang sangat licik dan memerlukan kepantasan kaki.

Aksi fenomenal itu membuatkan Marcus Rashford kini kian digeruni.

Terlalu sukar untuk menafikan kehebatan pemain ini. Aksi berhadapan dengan Norwich antara aksi individu terbaik penyerang antarabangsa England itu pada musim ini.

Aksi elastico ini menunjukkan bahawa di dalam diri Rashford adanya Ronaldinho selain daripada Ronaldo.

David Ekong tidak pasti sama ada pemain yang sedang beliau saksikan itu adalah Marcus Rashford ataupun Ronaldinho.

Manchester United News dengan tajuk artikel mereka, Marcus Rashford mengeluarkan sisi Ronaldinho yang ada pada dirinya.

Coca Mola yakin bahawa Marcus Rashford kini akan bertukar menjadi Ronaldinho baharu di dalam arena bola sepak.

United Atfi gembira dengan kehebatan Rashford yang bertukar menjadi Ronaldinho di waktu kegemilangannya dahulu.

https://twitter.com/UtdAtfi_V3/status/1216018913668083718

ACE UTD menegaskan Rashford sedang membara-bara dengan mengeluarkan roh Ronaldinho dari dalam badannya.

Marcus Rashford merupakan pemain penting Manchester United pada musim ini. Pada usianya yang masih muda, Rashford sudah menjadi penyerang utama kelab terbesar di dunia itu.

Selain itu Rashford juga menjadi pengambil sepakan percuma dan pengambil sepakan penalti utama pasukan Setan Merah.

Kehebatan Marcus Rashford adalah aset berharga buat Manchester United terus membangun sebagai sebuah pasukan yang digeruni.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.