Penyokong Stuttgart Lancar Tabung Bantu Kelab Pancing Messi

Ianya mungkin sukar membayangkan Lionel Messi untuk menyarung jersi VfB Stuttgart pada musim hadapan.

Namun ia tidak menghalang penyokong kelab Jerman itu dari bermimpi memiliki pemain No.10 terbaik dunia itu pada musim hadapan, apabila mula melancarkan tabung untuk membantu kelab mereka melakukan bidaan.

Messi sebelum ini percaya beliau mampu meninggalkan Now Camp secara percuma berikutan klausa yang terdapat di dalam kontrak bersama Barcelona pada 2017.

Namun pengumuman oleh LaLiga baru-baru ini bermakna mana-mana kelab yang mahukan khidmat pemain Argentina itu tetap harus membayar €700 juta kepada Barcelona.

Untuk berbuat demikian, penyokong Stuttgart yang mana kelab mereka mengakhiri saingan Bundesliga di kedudukan ketiga tercorot Bundesliga pada musim lalu telah melancarkan tabung pungutan.

Stuttgart hanya terselamat daripada disingkirkan dari Bundesliga setelah menharungi pusingan play-off.

Melalui satu kenyataan, kumpulan penyokong Stuttgart berkata: “Kami penyokong VfB sedang mengumpul dana untuk membiayai perpindahan Messi. Jika jumlah tersebut tidak mencukupi dan Messi akhirnya menyertai kelab lain, wang yang terkumpul 100% akan disalurkan kepada Viva con Agua.

Viva con Agua adalah sebuah badan NGO yang membantu memastikan penduduk dunia mendapat bekalan air bersih untuk diminum.

Manchester City kini dilihat sebagai pilihan utama destinasi seterusnya untuk messi, manakala Paris Saint-Germain dan Inter Milan turut akan memantau situasi pemain itu dengan penuh minat.

Berbanding Stuttgard, ketiga-tiga kelab di atas mempunyai pemilik yang kaya dan tidak memerlukan penyokong masing-masing untu mengeluarkan dana.

Sehingga kini Stuttgart yang mempunyai pemain [dianggap] bintang seperti Orel Mangala, Nicolas Gonzalez dan Silas Wamangituka turut telah mengesahkan ketibaan beberapa pemain baharu yang berprofil lebih rendah berbanding Messi.

Antaranya adalah Waldemar Anton dan Gregor Kobel, masing-masing dari Hannover dan Hoffenheim dengan yuran perpindahan €4 juta.

Konstantinos Mavropanos pula menyertai Stuttgart secara pinjaman daripada Arsenal. Saingan musim baharu Bundesliga menyaksikan Stuttgart akan berhadapan dengan Freiburg pada 19 September hadapan.

Tinjauan terbaru kami di laman sesawang Gufundeme.com mendapati tabung tersebut kini telah mengumpul €1,247. Nampak gayanya jauh perjalanan ni.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.