Penyokong Setan Merah Mahu Dulang Diiktiraf Piala, Hanya Mahu 13 EPL, Buang Yang 7 Lagi

Semalam, Liverpool menang Piala Dunia Kelab dengan menewaskan Flamengo.

Liverpool menang menerusi gol kemenangan oleh Roberto Firmino pada minit ke-99 tambahan masa.

Berdasarkan statistik, ia adalah piala ke-47 untuk Liverpool. Menjadikan mereka kelab Inggeris paling berjaya berbanding dengan Manchester United yang hanya ada 45 piala.

Di kala peminat Liverpool berseronok meraikan satu lagi piala mereka musim 2019, penyokong Setan Merah pula kepanasan dan tak berpuas hati.

Mereka juga mempertikaikan status treble antara benua yang diberikan kepada Liverpool. KeranaΒ  menurut mereka treble yang sebenar adalah Manchester United pada 1998/99.

Namun sebenarnya Liverpool hanya dikira menang continental treble.

Liverpool secara tak langsung diangkat sebagai kelab paling berjaya di England. Ianya jelas bukan kenyataan yang boleh diterima oleh penyokong United.

Lalu mereka datang dengan cadangan yang tersendiri untuk memastikan bahawa Manchester United kekal pasukan teragung di England dan sepanjang peradaban manusia.

Akibat tidak berpuas hati dengan pengiktirafan kepada Liverpool mendapat piala yang lebih banyak.

Ini yang telah membuatkan ramai penyokong Man United mulai kepanasan dan tak berpuas hati.

Kini mereka mahu dulang komuniti disertakan sebagai piala major. Kerana ianya juga piala.

Mereka menuduh Piala Dunia Kelab ini adalah piala persahabatan. Jika ia dikira, maka piala perisai komuniti haruslah dikira sekali.

Jika itu berlaku, Manchester United akan menang dengan 66 piala dan Liverpool dengan 62 (sebenarnya 63).

Seorang peminat setan merah berkata: β€œJika ini dikira piala, maka perisai komuniti harus dikira piala. Dan jom kira sekali lagi.”

Hujah itu disokong seorang lagi peminat.

Ada yang menganggap mereka yang mengira piala dunia kelab sebagai memalukan kerana Piala Sumbangsih Inggeris pula tak dikira.

England sebenarnya sudah menetapkan bahawa perisai komuniti / piala sumbangsih adalah bukan piala kerana ia sebelum musim bermula.

Berbeza dengan Piala Super Eropah dan juga Piala Dunia Kelab yang berada ketika musim masih aktif.

Seorang wanita yang peminat Man United mempersoalkan dari mana datangnya 18 Piala EPL Liverpool?

Ada juga yang meminta agar EPL hanya dikira bermula pada tahun 1992, dan sanggup mengorbankan 7 EPL yang dimenangi oleh Busby Babes pada satu ketika dahulu.

Beliau langsung tak kisah betapa sukarnya Sir Matt Busby mahu membangkitkan semula Man United selepas tragedi Munich.

Tetapi beliau tetap mahu kejohanan lain dikira sejak dari dulu bukannya daripada 1992. Cuma EPL sahaja.

Lalu peminat bernama Rizzy mahu United hanya diiktiraf 13 EPL sahaja dengan Liverpool 0.

Ada juga penyokong Liverpool mengarahkan United berhenti menyanyi lagu 20x di dalam Old Trafford.

Begitulah perang di antara penyokong Liverpool dan Manchester United di media sosial.

Kita yang melihat ini, layankan sahaja. Pandailah mereka tu letih nanti kan?

Mungkin peminat Setan Merah lupa agaknya musim lalu mereka tidak mengiktiraf label fourmidable digunakan Man City untuk merujuk kepada 4 piala mereka menangi termasuk Perisai Komuniti. Sama juga dengan penyokong Liverpool.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.