Penyokong Setan Merah Lancar Tabung Bantu Kelab Dapatkan Sancho

Seorang penyokong Manchester United yang bercita-cita tinggi telah melancarkan tabung kutipan untuk membantu kelab tersayang membeli Jadon Sancho pada musim panas ini.

Tatkala jendela perpindahan pemain di England akan ditutup pada pukul 11pm 5 Oktober hadapan, nampaknya saga perpindahan Sancho ke Old Trafford akan terus berpanjangan.

Sancho mencetak 20 gol dan mendaftarkan 20 assist untuk Borussia Dortmund dalam semua pertandingan pada musim lalu.

Pemain itu terus dikaitkan dengan perpindahan mega dari Westfalenstadion, dengan pengurus pasukan Ole Gunnar Solksjaer yakin persetujuan mampu dicapai oleh kedua-dua kelab.

Pada bulan lalu Setan Merah dilaporkan telah memasuki fasa akhir rundingan untuk mendapatkan pemain tersebut dari Dortmund, dengan tawaran bernilai £90 juta di atas meja.

Borussia Dortmund bagaimana pun mahukan harga yang lebih tinggi untuk bintang England tersebut dan menegaskan Sancho tidak akan meninggalkan Jerman setelah Setan Merah gagal memenuhi tuntutan tersebut pada tarikh tutup yang ditetapkan.

Walaupun peluang untuk mendapatkan Sancho semakin samar pada jendela perpindahan kali ini, seorang penyokong Setan Merah, Matthew Kelley.

Kelley kini nekad untuk melakukan urusniaga yang gagal disempurnakan oleh Ed Woodward.

Untuk mengumpul dana, Kelley telah menggunakan laman sesawang GoFundMe untuk meraih dana £108 juta bagi merealisasikan perpindahan tersebut.

Pada ketika artikel ini ditulis, Kelley sudah mengumpul £75 sahaja. Kelley turut menyampaikan mesej kepada semua penyokong Manchester United di seluruh dunia berbunyi: 

“Ed Woodward dan keluarga Glazer tidak kompeten untuk menandatangani Jadon Sancho dan kita tidak pernah memiliki seorang pemain sayap kanan sejati sejak Nani,” ujar Kelly lagi.

“Saya demam melihat budak bernama Dan James berlari membawa bola seperti kerbau yang melihat bendera merah. Saya terpaksa melancarkan dana kerana Manchester United tidak mampu atas sebab tidak munasabah…”

Perkembangan lain mengenai Sancho melaporkan Setan merah bersedia menjual sehingga enam pemain untuk menjana dana membeli Sancho.

Tetapi dari kesemua pemain yang mahu dilepaskan oleh United, nama Jesse Lingard tidak disenaraikan walaupun pemain berusia 27 tahun itu sering diketepikan oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Jesse Lingard tidak disenaraikan dalam skuad United ketika tewas kepada Palace dalam perlawanan pembukaan saingan liga musim ini.

Menurut sumber laporan dari beberapa media di England, Ole Gunnar Solskjaer sangat terdesak untuk menandatangani Alex Telles dan Jadon Sancho pada musim panas ini untuk menghadapi saingan liga musim ini.

United perlu membayar £17 juta kepada Porto untuk mendapatkan Alex Telles dan £100 juta untuk menandatangani Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.

Chris Smalling antara aset yang bakal dilepaskan selepas pemain berusia 30 tahun itu mempamerkan aksi sungguh mantap bersama Roma musim lalu.

AS Roma berminat untuk menandatangani pemain tersebut secara tetap dan setan merah meminta yuran perpindahan bernilai £18 juta.

Tiga lagi pemain pertahanan United seperti Phil Jones, Diogo Dalot dan Marcos Rojo juga antara yang akan dilepaskan.

Pemain kebangsaan Brazil, Andreas Pereira juga salah seorang pemain yang mungkin akan dilepaskan oleh United untuk menjimatkan perbelanjaan mereka.

Lebih-lebih lagi selepas berjaya menandatangani Donny Van De Beek, sepertinya kedudukan Pereira semakin tergugat.

Jadi keenam-enam pemain itu antara calon pemain yang akan dilepaskan oleh kelab, tetapi Lingard jelasnya bukan salah seorang dari pemain yang akan dilepaskan.

Pemain kebangsaan England itu turun beraksi ketika kemenangan 3-0 setan merah menewaskan Luton dalam saingan Carabao Cup.

Terdapat juga laporan sebelum ini yang menyatakan bahawa Lingard akan ditawarkan satu tahun lagi kontrak baru sehingga 2022.

Hal ini kerana Ole dan pimpinan United yakin bahawa pengaruh Lingard sangat membantu untuk membawa Sancho ke Old Trafford.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.