Manchester United dikaitkan dengan Harry Kane untuk dibeli pada jendela perpindahan yang akan datang.
Selain daripada Kane, Man United turut dikaitkan dengan Pierre-Emerick Aubameyang.
Kapten Arsenal itu masih belum melanjutkan kontrak di Arsenal. Dan beliau dilihat bakal meninggalkan Arsenal jika The Gunners gagal untuk mara ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.
Harry Kane merupakan pemain yang pernah menjadi sasaran Jose Mourinho ketika beliau menguruskan Red Devils.
Harry Kane merupakan pemain yang memiliki konsistensi yang sangat baik di hadapan gol dalam beberapa musim ini.
Beliau memiliki ketajaman dan juga ketenangan di hadapan gawang. Man United pastinya menagih kualiti seperti itu.
Namun untuk mendapatkan Harry Kane bukannya mudah. Kerana pemain itu diletakkan harga sekitar £130 juta.
Kane tak cukup bagus untuk Manchester United
Lalu penyokong Man United menganggap Harry Kane tak cukup bagus untuk mereka. Memandangkan Manchester United kini sedang padu dan tengah sedap dengan penyerang yang ada.
Selain itu, mereka menyatakan Manchester United harus mencari pemain bintang kerana mereka adalah kelab idaman setiap pemain, bukannya Harry Kane yang biasa biasa sahaja.
Bagi penyokong Man United, penyerang 26 tahun itu adalah overrated ataupun terlalu mahal, tak kena dengan kualiti yang tak seberapa.
Lalu ada yang mencadangkan, adalah lebih baik untuk Man United memancing Timo Werner yang hanya bernilai sekitar £70 juta.
“Kita tak perlukan dia (Harry Kane).”
Don’t need him
— 🇷🇺 (@UtdRusFan) March 19, 2020
“Pemain Paling Overrated di Bursa Transfer.”
Most overrated player in upper tier the world tranfer market there is.
— Jamés Montoya (@PabloJams1) March 20, 2020
“Lebih baik dapatkan Timo Werner sahaja.”
150m is ridiculous would rather get Werner for 60m
— Ben (@benrf17) March 19, 2020
Seterusnya, sebagai sebuah pasukan idaman semua pemain, Man United sepatutnya cuba mendapatkan pemain seperti Jadon Sancho dan seorang defensive midfielder.
shouldn’t be a priority considering how much he’ll cost, Sancho and a defensive midfielder is what we need 🤷🏼♂️
— Sam (@gilbertsam146) March 19, 2020
Lebih hina lagi, apabila menurut mereka, kapten antarabangsa England, Harry Kane hanya diletakkan sebagai back up yang bagus untuk Robin Van Persie baharu iaitu Mason Greenwood.
He can be a good backup for Mason Greenwood
— Bar God (@KawumaBulayimu) March 19, 2020
Mereka juga percaya, Man United sudah memiliki serangan yang berbisa pada ketika ini dengan adanya, Marcus Rashford, Anthony Martial, dan Mason Greenwood.
We have a Rash flash
We have Derby specialist Martial
We have Europe's prodigy Mason G.All young strikers, why do we need Harry Kane????? Just asking
— Cabdikani (@Cabdikani5) March 20, 2020
Malah ada yang mencadangkan agar Man United kembali memburu Erling Braut Haaland. Pemain yang pernah menjadi sasaran utama Manchester United.
Namun Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan rundingan gagal kerana sikap ejen Erling Braut Haaland yang mengada-ngada.
Not bothered don't want him. If figures of £250m are correct I'd rather sancho and haaland and partly for £50m more
— United we are (@tonyfell95) March 19, 2020
Manchester United masih mencari penyerang utama untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Romelu Lukaku.
Jika mereka berjaya mendapatkan pemain seperti Kane atau Aubameyang, Ole Gunnar Solskjaer boleh meletakkan Anthony Martial dan Marcus Rashford di bahagian sayap.
Ole Gunnar Solskjaer ketika ini masih bergantung kepada pemain pinjaman dari Shanghai Shenhua iaitu Odion Ighalo.
Pemain tersebut cemerlang ketika ini bersama Man United. Tetapi beliau terpaksa kembali semula ke kelab asalnya selepas tamat tempoh pinjaman.