Penyokong Manchester United Lancarkan Kempen #OleOut

Akibat bengang dengan kekalahan terbaru di tangan Bournemouth, para penyokong Manchester United melancarkan kempen singkir Ole ataupun #OleOut.

Manchester United hanya mengutip 13 mata daripada 11 perlawanan. Rekod terburuk sejak 1986/87. United turut gagal mencatatkan clean sheet dalam 11 perlawanan di tempat lawan.

Sangat berbeza dengan beberapa minggu lalu di mana Ole menjadi pujaan dan kembali memenangi hati para penyokong Man United.

Ini selepas seri dengan Liverpool serta 3 kemenangan berturut-turut termasuk menang ke atas Partizan dan juga Chelsea.

Kesan daripada ketidakpuasan hati ke atas Ole, para penyokong United mahukan jurulatih itu disingkirkan segera. Mereka meminta kelab mencari pengganti yang lebih berkaliber daripada Ole.

Ini merupakan tahun pertama Ole Gunnar Solskjaer menjadi pengurus secara musim penuh. Ole Gunnar sebelum ini sudah menyatakan, mereka sudah kembali ke landasan yang tepat. Malangnya malam semalam mereka tewas di tangan Bournemouth.

Bournemouth sudah 5 perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Joshua King memberikan mereka kemenangan dengan jaringan tunggal perlawanan.

Ada yang menggelarkan Ole sebagai pengurus separuh  masa tetapi badut sepenuh masa.

Takkan nak lawan Chelsea setiap minggu.

Jika seri dengan Liverpool mereka memuat naik data ini tanda memuja Ole:

Namun ia berubah kepada muat naik statistik ini pula:

Tidak cukup dengan itu satu petisyen sudah dibuat untuk menyuarakan penolakan ke atas Ole.

Agak ironi kerana beberapa bulan lalu mereka melancarkan petisyen mendesak pengurusan untuk memberikan kontrak tetap kepada Ole Gunnar Solskjaer dengan alasan Ole berjaya mengembalikan magik ke Old Trafford semula.

Penyokong membantah jika kelab melantik Zidane atau Pochettino pada ketika itu. Ini kerana Zuidane dan Pochettino bukannya legenda di United.

 

Penyokong Manchester United perlulah berlapang dada dan memberikan peluang kepada Ole untuk terus menerajui kepimpinan di kelab mereka.

Ini kerana Ole menyatakan, di bawah kendalian beliau Man United kini semakin kembali ke landasan yang tepat.

Ole juga memberikan jaminan akan membawa semula kegemilangan Manchester United.

Walaubagaimanapun, masih ramai penyokong Manchester United yang masih percayakan Ole Gunnar Solskjaer kerana menganggap pengurus itu mempunyai formula untuk mengembalikan Man United ke zaman gemilang seperti yang beliau janjikan sebelum ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.