Penyokong Man United Teruja Marcus Rashford ‘Upgrade Version’ Jadi Ronaldinho

Marcus Rashford sekali lagi menjadi pemain penting dalam kemenangan Man United ke atas Brighton dalam aksi EPL.

Selepas digelar Critiano Ronaldo baru oleh peminat dan Ole Gunnar Solskjaer sendiri. Ini selepas sepakan knuckleball beliau berjaya membolosi gawang chelsea.

Dan kurang 2 minggu daripada label New Ronaldop, semalam Rashford dirasuk roh Ronaldinho dan dianggap mengemaskini lagi versi beliau ke satu tahap lagi.

Ini apabila beliau melakukan elastico/maradona dan me-nutmeg pemain lawan. Rashford kemudian mencipta situasi untuk gol namun mujur penjaga gol Brighton cemerlang menafikan sepakan beliau.

Peminat Man United sangat teruja dengan kehebatan penyerang utama mereka itu yang kelihatan semakin bergaya dan semakin hebat.

Peminat ini menyatakan Rashford baru terjumpa senjata rahsia dalam dirinya iaitu Ronaldinho.

https://twitter.com/MrTomHenman/status/1193666132663840772

Ramai lagi rasa teruja dengan gerakan Rashford itu yang dianggap luar biasa. Ia bukan mudah untuk melakukan maneuver seperti itu.

Ada yang menganggap Marcus Rashford kini adalah pemain yang memiliki sepakan percuma Ronaldo dan gerakan gelecekan ala Ronaldinho. Ia satu pakej idaman setiap pemain.

Ole Gunnar Solskjaer sudah memberitahu bahawa Marcus Rashford dan Anthony Martial akan menjadi igauan ngeri pasukan lain.

Mereka akan menjadi penyernag penting dalam menyelesaikan krisis serangan United sebelum  ini.

Martial yang baru cergas kelihatan dalam prestasi yang sangat baik.

Manchester United kini naik ke tangga ke-7 selepas kemenangan pada perlawanan sebelum rehat antarabangsa.

United menang 4 kali, seri 4 kali dan kalah 4 kali setakat ini.

United berusaha untuk memastikan mereka kembali ke persada pertandingan terbesar Eropah musim hadapan dengan menamatkan saingan di 4 teratas.

Rashford sebelum ini sudah melaungkan amaran, bahawa 4 teratas bukanlah misi mustahil untuk Manchester United.

Selepas ini mereka akan menerima kepulangan semula Paul Pogba. Buat masa ini pemain itu masih berehat kerana kecederaan.

Segalanya serba semakin baik di Old Trafford. Ole Gunnar Solskjaer sendiri sudah memberikan jaminan bahawa pasukan beliau sedang meningkat naik walaupun ada sesetengah pihak agak tidak sabar.

Selepas tamat minggu antarabangsa, Man United akan berhadapan dengan Sheffield United dalam saingan EPL.

Dan pada Disember mereka ada perlawanan menentang Tottenham Hotspur serta Manchester City.

Apa yang melegakan Ole adalah, pasukannya sudah sah layak ke pusingan kalah mati Liga Europa,

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.