Perlawanan ulangan Piala FA di antara Manchester United vs Wolves berlangsung di Old Trafford.
Ianya merupakan perlawanan ulangan untuk pusingan ketiga. Selepas aksi pertama berakhir dengan keputusan seri 0-0.
Dalam aksi kedua semalam, Manchester United menang 1-0 ke atas Wolves. Terima kasih kepada gol Juan Mata pada separuh masa kedua.
Mata dengan liciknya melakukan chip yang melemaskan penjaga gol pasukan lawan.
Juan Mata's goal. 🇾🇪
Like a fine wine. gets better with age. 👌
— UTFR 🇾🇪 (@ManUtd_HQ) January 15, 2020
Manchester United berhadapan dengan jadual yang sangat padat. 8 perlawanan dalam masa 28 hari.
Oleh sebab itu, perlawanan ulangan ini dianggap kurang ideal oleh penyokong United. Mereka berharap perhitungan ini diselesaikan sejak perlawanan pertama lagi.
Keadaan menjadi lebih parah apabila Old Trafford mengenakan caj tiket yang terlampau mahal kepada bukan pemegang pas bermusim.
Dan yang paling terkesan pastinya penyokong Wolves. Pastinya mereka bukan pemegang pas bermusim untuk pasukan lain kan.
Seorang penyokong yang tiada pas bermusim dikenakan dari £30 sehingga £55 untuk satu tiket.
Wolves tidak membantah akan harga tiket ini. Namun pengurus Wolves, Nuno Espirito sudah menyatakan kemarahannya di atas harga tiket melampau ke atas penyokong.
Nuno berkata: “Harganya terlampau mahal bukan? Jadi saya tak setuju dengan kadar yang dikenakan.”
“Saya mahu melihat penyokong membayar tiket yang tak terlalu mahal. Namun saya tiada kuasa untuk mengawalnya.”
“Saya meminta harga tiket lebih rendah, lebih murah.”
Penyokong Wolves sudah menyuarakan bantahan mereka kepada FA England.
Wolves FP quoted in this article, we will be asking @WeAreTheFSA to make representations through the FA to get a maximum away ticket price adopted for the FA cup. https://t.co/Z1eAFqLsW5
— Wolves Fans Parliament (@FansParliament) January 14, 2020
Penyokong tuan rumah juga berhadapan dengan masalah yang sama. Bukan semua mereka ada tiket bermusim. Ada yang datang dari luar negara dan mahu menonton aksi pasukan kesayangan mereka.
Manchester United turut mengenakan harga yang sangat tinggi untuk Piala Carabao tempoh hari ketika separuh akhir berhadapan dengan Manchester City, pada aksi pusingan pertama.
Di mana seorang penyokong tanpa pas bermusim dikenakan bayaran £66.
Ianya mendapat bantahan ramai pihak. Lebih-lebih lagi perlawanan itu berlangsung selepas Krismas dan Tahun Baharu.
Kesan daripada harga tiket yang terlalu tinggi ini membuatkan banyak tempat kosong di Old Trafford dalam aksi berhadapan dengan Wolves.
Huge amount of empty seats at Old Trafford, last night.
This is going to happen due to the quality on show but more importantly – the price of a ticket.
It cost £30 to go and watch that last night. Absolute rip off from the club.
Credit to Man City who charge fair prices. pic.twitter.com/G3eeV7XVJk
— Footy Accumulators (@FootyAccums) September 20, 2019
Ramai penyokong United sendiri tak berpuas hati dengan pengurusan. Ada yang berkata, patutlah pasukan Manchester United ni teruk di atas padang, dan kaya raya di luar padang, kerana memang sekarang ini, mengaut keuntungan adalah motif paling utama.
Mereka menganggap Glazer telah membunuh atmosfera Old Trafford yang dahulunya sangat meriah. Mereka tak mahu Theatre Of Dream dicemari dengan kerakusan pengurusan Glazer.
Ada yang menyanyikan sorakan mengutuk Glazer.
Do all #MUFC fans worldwide proud again, Old Trafford. It will be half empty (obviously better for #GlazersOut) and apparently no TRA tonight? But sing those Glazers out / Woodward out song loud and proud again. Make it as hostile as we can for them. 👏🏻
Build a bonfire… pic.twitter.com/utQRVWgQdo
— Gez (@GezMUFC99) January 15, 2020
Manchester United kekal pasukan paling kaya di England untuk musim 2018/19. Mereka di belakang Barcelona dan Real Madrid secara keseluruhannya.
Namun peminat mahukan lebih kualiti dan pelaburan untuk pemain di atas padang berbanding dengan hanya tahu mengaut untung sahaja.