Jika sebelum ini penyokong Setan Merah memuja Harry Maguire sebagai satu pembelian terbaik, namun kali ini mereka baru sedar bahawa ini merupakan satu kerugian dan scam.
Mereka yang pernah membanggakan Harry Maguire sebagai bek tengah termahal di dunia telah merasakan harga £80 sebagai satu kerugian.
Dahulu Harry Maguire diletakkan sebagai nadi penting dalam gandingan “Score If You Can”.
Rasa marah itu dilepaskan dalam satu status twitter oleh kelab mereka yang memaparkan Harry Maguire memberikan penilaian jujur di atas kekalahan Manchester United.
Harry Maguire berkata: “Rasanya kita memulakan perlawanan ini dengan sangat baik pada awal 10 minit pertama, dan kita juga mencipta 2 peluang gol yang sangat baik.”
“Jika kita lebih tajam, kita akan mampu mendapatkan gol daripadanya. Mereka pula mendapat gol daripada serangan pertama.”
“Selepas gol itu mereka menguasai perlawanan. Mereka lebih agresif dan intensif. Press dan hantaran mereka lebih baik.”
“Kita kemudian perlu memperbaiki permainan kita. Dan separuh masa kedua kita mencipta beberapa lagi peluang. Mungkin di hari lain, kita akan menyudahkan peluang itu.”
Maguire kemudian menyatakan mereka tidak cukup baik dalam beberapa ketika dan akhirnya kalah 2-0 di tangan pasukan yang memulakan perlawanan di bottom half.
🎥 An honest assessment from tonight's skipper.#MUFC #ARSMUN pic.twitter.com/gHM2UnOcP8
— Manchester United (@ManUtd) January 1, 2020
Penilaian jujur Maguire itu berubah menjadi slot mengutuk dan mebantai pemain itu.
Nick menyatakan bahawa, Smalling adalah lebih bagus daripada Maguire dan beliau sudah penah menyatakannya. Ia dipersetujui oleh Martin GGMU.
Kemudian Dyl pula hanya melihat Phil Jones versi minecraft yang sedang bercakap.
Jay pelik dengan komen Maguire yang menyatakan mereka bermain baik 10 minit pertama. “Bukankah kita bolos pada awal 10 minit pertama? Kelab ini adalah bahan jenaka.”
Mustapha mempertikaikan bagaimana Harry Maguire boleh menjadi kapten mereka walaupun baru bermain di dalam pasukan selama 3 bulan?
Godwin menyatakan mungkin ia termaktub dalam syarat kontrak.
Sebelum ini tak ada isu pun Maguire menjadi kapten. Malah beliau sudah beberapa bulan menjadi kapten United jika Ashley Young tiada di atas padang.
Ross menjadi batu api dengan berkata: “Dengan harga 80 juta pound dia kenalah pemain yang memberikan aksi luar biasa untuk kelab kamu. Namun dia ni pula aksi yang terkeluar.”
Ada yang menganggap Maguire tidak layak sesekali menjadi kapten dan berharap kelab menjual pertahanan termahal dunia itu serta merta pada perpindahan Januari (sekarang).
Sally pula menyatakan: “Kapten my ass.”
Ada yang menyatakan Maguire sebenarnya memang tak bagus dan berharap mereka ada menyimpan reist pembelian untuk menghantar pulang barang yang tidak bagus dan mahal.
98Baby berkata: “Persetubuhan £80 juta satu (seorang). Ya tuhan.”
Di sebalik semua ini, ada juga mengambil kesempatan mengutuk pemain terbaik tahunan Man United musim lalu iaitu Luke Shaw yang merupakan pemain fullback dengan gaji tertinggi di dunia iaitu £200,000 seminggu. Memang tak boleh dibawa berbincang.