Penyokong Liverpool – United Bersatu Dalam Pilihanraya Anjuran Man City, Sehingga Tersingkir Detik Aguero Vs QPR

Bukan selalu penyokong Setan Merah dan Burung Kehidupan ini bersatu. Namun apabila mereka bersatu, terus lesap salah satu perkara terindah di dalam sejarah Manchester City.

Admin Twitter Manchester City telah mengadakan satu pilihanraya umum PRU mencari perlawanan dekad 2010-an untuk mencari perlawanan terbaik Man City.

Dan ia memasuki suku akhir.

Terdapat 2 perlawanan dicalonkan. Iaitu perlawanan ketika Manchester City baru beberapa tahun kaya selepas pemilikan Sheikh Mansour.

Pertamanya, aksi berhadapan dengan Spurs pada 2011.

Dan satu lagi perlawanan yang menyaksikan Aguero menghampakan Manchester United pada saat akhir dengan gol yang disulami ulasan AgueroooooOoOOoooOOOoo!

Pastinya semua orang akan tahu perlawanan terbaik Man City pada dekad 2010-an adalah ketika Aguero menjaringkan gol saat akhir berhadapan dengan QPR.

Ianya dramatik. Dan merupakan satu satunya assist oleh Balotelli dalam sejarah Man City.

Man City ketinggalan 2-1 di tangan QPR yang beraksi 10 orang.

Edin Dzeko menjaringkan gol penyamaan masa kecederaan minit ke-92. Ianya memberikan sedikit harapan buat City.

Di Stadium of Light, penyokong dan pemain United sudah sedia meraikan kejuaraan mendengar aksi di Etihad sedikit sahaja nak tamat.

Namun Aguero tampil dengan penyudah magisnya. Martin Tyler, pengulas perlawanan dengan ulasan ikonik: “Aguerooooo…. I swear you’ll never see anything like this ever again. So watch it, drink it in.”

Namun hari ini, detik itu terhapus begitu sahaja. Gara-gara admin Man City yang dengan yakin melakukan undian di Twitter.

Peminat Man United dan Liverpool bersatu untuk menghijack undian itu dengan mengundi aksi Spurs vs City sebagai pemenang. Perlawanan yang orang tak begitu ingat sangat. Cuma dilimpahi gol, City menang 5-1.

Ada yang menganggap ia undi rosak. Namun dari segi peraturan mereka mengundi mengikut peraturan twitter. Klik mana satu pilihan mereka. Dan ia terbuka.

Mereka berpakat dan mengundi perlawanan itu dan memberikan komen, suku akhir terbaik adalah Spurs, dan menepek komen gambar Llorente yang menghasilkan gol dengan bontotnya ketika suku akhir UCL musim lalu.

Gol yang menyingkirkan  City daripada UCL, walaupun sudah banyak berbelanja.

Ada penyokong Manchester City menyindir bahawa kelab mereka sangat besar sehinggakan penyokong Man United dan Liverpool sanggup merosakkan undi tersebut.

Namun ada yang membalas, jika kelab korang besar sangat, sepatutnya undian tu akan memihak kepada korang yang penyokong ramai.

Ada penyokong Man City sudah menasihatkan admin untuk menamatkan undian lebih awal.

Tetapi admin degil!

Niall berkata: Penyokong Man United dan Liverpool bersatu merosakkan undian ini, disusuli emoji berjabat tangan.

Ada yang membalas dengan rantaian tweet, penyokong Spurs dan Bayern jangan dilupa.

Awalnya undian itu 85% memihak kepada kemenangan ke atas QPR. Namun ia berubah menjadi remontada epik

Demi melihat penderitaan City, Arenad (fans Liverpool) melupakan perseteruan dengan United dan tidak mahu gelakkan kegagalan United last minute kena potong ketika itu.

Arenad berkata: Kami dah mai dah!

Tomaz (penyokong United): Ayuh, Man United dan Liverpool bersatu

Zack cuba mengtroll fans Spurs yang sanggup mengundi pasukan mereka dibelasah demi menyingkirkan detik Aguero vs QPR.

Namun mereka tak kisah.

UtdRusFan bangga berjaya merosakkan parti undian itu di wilayah Man City.

Sehingga ada penyokong City meminta admin mengabaikan dan tidak mengumumkan hasil undian.

Namun ada yang meminta admin harus menghormati demokrasi, selepas dia yang buat undian.

Tindakan admin Man City itu membuatkan ramai penyokong City marah. Kenapa perlu buat undian? Sedangkan terang terang perlawanan Aguero vs QPR adalah terbaik.

AB berkata: “Matilanak, mereka retweet pulak. Admin Man City, kau tu badut sebab buat undian macam ni.”

Sudah ada tanda tanda admin dia nak u turn cakap benda ni satu kerosakan dan ada amaran dari Twitter katanya.

Korang klik la pada post ni nak melihat perangai mereka ni yang tidak berhati perut ke atas Man City yang merupakan bakal juara UCL musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.