Mungkin sudah tidak sabar hidup dalam penantian selepas 30 tahun penantian, seorang penyokong di Thailand mengadakan ‘open-top parade’ meraikan kejayaan Liverpool menjuarai Premier League.
Skuad Jurgen Klopp memiliki kelebihan 25 mata di kedudukan teratas liga dan mempunyai kelebihan enam mata berbanding pesaing terdekat Mancheseter City sebelum saingan ditangguhkan akibat penularan wabak.
Premier League tidak mengadakan walau satu perlawanan pun sejak selepas itu, dan seorang usahawan (mungkin berpangkat Datuk), iaitu Kongkiat Inthraseesangwon memutuskan dirinya sudah tidak tahan untuk terus menanti.
Kongkiat kemudian membeli sebuah trak untuk tujuan perarakan di Phayao, Thailand, dan menghiasi keseluruhan trak dengan warna merah – warna tradisi Liverpool.
Liverpool fan holds open-top title parade after being bored waiting for season to restart pic.twitter.com/auLFBufnIq
— The Most GuardioLa (@frankewusi123) May 20, 2020
Tidak ketinggalan adlaah lambang Liverbird – lambang kemegahan penyokong Liverpool – bersama slogan ditulis besar-besar. “You’ll Never Walk Alone.”
Trak itu dianggarkan memakan kos sebanyak £256,000, atau bersamaan dengan RM1.36 juta.
“Saya sebenarnya merancang untuk menggunaka trak tersebut untuk meraikan bersama penyokong Liverpool yang lain selepas pasukan mengangkat trofi,” kata Kongkia seperti yang ditulis oleh The Mirror.
“Namun kerana wabak, liga telah ditangguhkan. Maka saya memutuskan untuk meraikannya lebih awal.
“Saya berpendapat wang yang digunakan [untuk beli dan ubahsuai trak] telah digunakan dengan berbaloi. Kerana jika kami menang, ia adalah kali pertama sejak 30 tahun kami menjadi juara.
เจ้าของธุรกิจพืชผลการเกษตร จ.พะเยา ทุ่มเงินกว่า 10 ล้านบาท ซื้อรถบรรทุก 3 คัน แล้วทำสีรถใหม่ พร้อมเพ้นท์ตัวหนังสือและโลโก้สัญลักษณ์ทีมฟุตบอลลิเวอร์พูล เพื่อเป็นการฉลองแชมป์พรีเมียร์ลีก ให้กับทีมลิเวอร์พูลที่ตนเชียร์ #ลิเวอร์พูล #ข่าวช่องวัน pic.twitter.com/dMswFmdZ36
— ข่าวช่องวัน (@onenews31) May 17, 2020
“Saya berpendapat semua penyokong Liverpool berhak meraikannya. Lahipun trak ini akan digunakan untuk membantu bisnes selepas ini.”
Premier League kini sedang berusaha untuk menyambung semula saingan pada pertengahan Jun.
Saringan yang dilakukan baru-baru ini mendapati enam daripada mereka yang terlibat dalam penyambungan aksi positif wabak global tersebut.
Ini bukan kali pertama penyokong Liverpool meraikan kejuaraan sebelum tempoh masanya. Mereka juga dikenali kerana suka perint baju CHAMPION lebih awal, dan membuat tatoo kejuaraan – sebelum dikecewakan kemudian.
There’s talk of the 19/20 PL season to be called off and declared null and void. #Liverpool fans from Thailand are obviously having none of this nonsense! #YNWA #LFC #coronavirus #COVID2019 #lockdown #StayHome pic.twitter.com/ExYbbgj4Lx
— Anfield_king (@Anfield_king) March 25, 2020
Di Thailand sekumpulan penyokong turut sudah meraikan kejayaan Liverpool sebelum tempoh lockdown pada Mac lalu, tapi sekadar parade kayuh guna basikal atau gerek dalam bahasa Kedah.
Namun tahun ini, ‘Our year is Our year’ akhirnya berkemungkinan dimakbulkan – selepas sekian lama berzikir.
Jurgen Klopp sebelum ini turut berkata ianya tidak adil jika liga dibatalkan dan Liverpool tidak diberikan kejuaraan.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kerana sudah muncul juara.