Penyokong Liverpool telah meraih sejumlah £100,000 untuk tujuan kebajikan yang akan disalaurkan kepada bank makanan (food bank) selepas bertindak memboikot perlawanan Liga Perdana Inggeris antara pasukan mereka menentang Sheffield United tempoh hari.
Tindakan kumpulan penyokong Liverpool tersebut bertindak sedemikian adalah sebagai protes terhadap tindakan syarikat penyiar mengenakan caj tambahan untuk menyaksikan perlawanan yang tidak berada di dalam pakej penyiaran.
Penyokong masih lagi tidak dibenarkan menghadiri perlawanan di England, walaupun beberapa buah negara di Eropah sudah mulai membenarkan perlawanan diadakan dengan kehadiran penyokong dengan kapasiti tertentu.
Liverpool fans have raised over £100,000 for food banks yesterday instead of paying the £14.95 PPV fee for their game vs. Sheffield United.
Incredible 👏🏻👏🏻👏🏻 pic.twitter.com/7YRjx72FvA
— Footy Accumulators (@FootyAccums) October 25, 2020
Selain penyokong Liverpool, penyokong Arsenal turut melakukan kempen yang sama dan setiap daripada mereka memilih untuk mendermakan £14.95 – nilai tontonan satu perlawanan – kepada kebajikan dan tidak menyaksikan perlawanan menentang Leicester pada hujung minggu lalu.
Tindakan memboikot dan jumlah yang dikutip oleh penyokong kelab di Premier League untuk tujuan kebajikan setakat ini diharap akan memaksa syarikat penyiar untuk membatalkan kaedah bayar untuk tonton, atau sekurang-kurangnya merendahkan lagi harga yang ditawarkan.
Apa yang dilakukan oleh kumpulan penyokong Liverpool yang dikenali sebagai Liverpool’s Spirit of Shankly dianggap amat menakjubkan.
Liverpool fans have raised £113,062 so far in 24 hours by donating to food banks rather than paying £14.95 to watch last nights game against Sheffield United on PPV. Best fans in the world.👏🏽 pic.twitter.com/KiKQhKSk1U
— Liverpool Insider (@LFClnsider) October 25, 2020
Mereka pada mulanya mensasarkan kutipan dana sebanyak £10,000 namun sehingga semalam kutipan tersebut telah mencecah £105,356.19.
Kumpulan itu berkata: “Tindakan boikot setakat ini dianggap berjaya. Ia adalah salah satu contoh aktiviti penyokong yang dianggap hebat.”
Arsenal Supporters Trust yang menerajui kutipan untuk penyokong The Gunners pula sehingga kini berjaya mengumpul 1,300 penderma dengan kutipan melebihi £20,000.
Wang hasil kutipan tersebut akan digunakan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di Islington.
Pengarah Islington Giving, Sarah Roth Beinoff dalam satu kenyataan mengucapkan rasa bersyukur tak terhingga untuk bantuan yang disalurkan kepada mereka.
Arsenal fans are being encouraged to boycott the Pay Per View match against Leicester on Sunday and donate the £14.95 to Islington-based charities. https://t.co/nB4gNti1DV
— Alistair Coleman (@alistaircoleman) October 23, 2020
“Terima kasih tak terhingga kepada penyokong Arsenal! Anda adalah kumpulam penyokong yang mirah hati, dan mereka yang terjejas di Islington akan memanfaatkan bantuan anda.”
BT Sport sebelum ini menyalahkan Premier League kerana mengenakan harga yang tinggi, tetapi pada masa yang sama Premier League menuduh syarikat penyiar yang mengenakan harga sewenang-wenangnya untuk perlawanan yang tiada di dalam pakej tontonan.
Pada mulanya menyiarkan semua perlawanan Premier League adalah salah satu langkah untuk membenarkan penyokong menyaksikan perlawanan pasukan masing-masing dari rumah setelah mereka tidak dibenarkan ke stadium untuk berbuat demikian.
Namun kini ia dianggap sebagai bebanan kepada penyokong oleh syarikat penyiar yang mengutamakan keuntungan.