Penyokong Liverpool Berharap Gerrard Akan Dapat Medal EPL Kerana Kecurangan City

Peminat Liverpool berharap Steven Gerrard akan dapat mengecap medal English Premier League ekoran penggantungan Manchester City kerana curang dalam membuat laporan kewangan.

Bekas ketua pasukan berkalibar Liverpool itu telah mengalamai kekecewaan hati yang tidak terbendung lagi selepas terlepas gelaran juara pada musim 2013/14.

Manchester City telah digantung daripada kejohanan terulung Eropah, Champions League selama dua musim kerana berlaku curang dengan peraturan Financial Fair Play(FFP) dan perlesenan kelab.

Chamber of the Club Financial Control Body (CFCB) telah mendapati City telah melanggar peraturan Financial Fair Play(FFP) dan perlesenan kelab secara serius.

Selain itu Manchester City juga didapati bersalah oleh UEFA kerana pelbagai kesalahan lain termasuklah pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.

City telah membuat pemalsuan pendapatan penajaan dalam akaunnya yang dihantar kepada UEFA antara tahun 2012 dan 2016.

Kelab bimbingan Pep Guardiola itu juga telah gagal memberi kerjasama dalam siasatan yang dilakukan oleh Chamber of the Club Financial Control Body (CFCB).

Juara bertahan Premier League itu digantung daripada Champions League bagi musim 2020/21 dan 2021/22 disamping denda sebanyak €30 oleh UEFA.

Manchester City didapati bersalah membuat pemalsuan tajaan kerana tajaan yang diperoleh City disuntik oleh pemiliknya sendiri.

Dalam peraturan Financial Fair Play(FFP) pemilik pasukan hanya dibenarkan menyuntik dana dalam jumlah yang dibenarkan sahaja.

Manchester City nyata kecewa dengan keputusan itu dan akan membuat rayuan di mahkamah timbang tara antarabangsa(CAS).

City menuduh UEFA prejudis di dalam hasil siasatan mereka. Mereka berkata, yang menyiasat UEFA, yang menilai laporan adalah UEFA, dan yang menjatuhkan hukuman pun UEFA.

City Bakal Berdepan Pemotongan Mata dan Dihumban ke Liga Bawahan

Menurut UEFA, Manchester City telah membuat kecurangan sejak 2012 lagi dan kesalahan itu berlarutan sehingga ke 2016. Dalam tersebut, Manchester City juara EPL 2 kali iaitu pada 2012 dan pada 2014.

Namun untuk kejuaraan 2012, mungkin ianya tidak terkesan dengan kes ini. Siasatan teliti akan dibuat. Tetapi kejuaraan mereka pada 2014, pastinya amat berkait rapat.

Premier League boleh menjatuhkan hukuman berat termasuk pemotongan mata liga.

Paling teruk di kalangan semua hukuman adalah diturunkan ke liga bawahan, di mana City berpotensi dibuang ke lembah yang sangat menakutkan

Seterusnya, kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka pada 2014 dalam risiko untuk dilucutkan. Ketika itu peristiwa gelinciran Gerrrd antara yang membantu mereka menjadi juara.

Bukan itu sahaja, Man City perlu menstruktur kembali aspek kewangan mereka. Dan ini akan membuatkan mereka mungkin terpaksa menjual beberapa bintang mereka termasuk Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Aymeric Laporte.

Penyokong Liverpool Berharap Gerrard Akan Dapat Medal EPL

Namun semua ini masih belum rasmi dan ketika ini hanya cakap-cakap dan kebarangkalian sahaja Manchester City akan dipotong mata dan ditendang ke liga bawahan.

Ini kerana Premeir League memiliki peraturan lebih longgar berbanding FFP milik UEFA. Dalam peraturan Premeir League , sesebuah pasukan itu boleh berhutang sehingga £105 juta dalam masa 3 tahun.

Kini terdapat kemungkinan City akan berdepan kehilangan gelaran 2014 jika siasatan berasingan dijalankan oleh Premier League dan dapat membuktikan kecurangan City.

Namun berita yang belum rasmi ini sudah cukup untuk sesetengah peminat Liverpool berangan dan berharap Steven Gerrard akan mendapat medal kejuaraan Premier League musim 2013/14.

“Aku merayu ini semua terjadi, dua gelaran Premier League dalam satu musim. Gerrard akan dapat medal dan bermakna segala troll dan meme gelinciran Gerrard tidak bermakna lagi. Itu adalah satu karma buat penyokong City yang mengejek Gerrard.”

“Aku tak kisah tak dapat raikan kemenangan ini pada tahun 2014. Jika Premier League melakukan pemotongan mata ke atas City pada musim 2013/14. Aku sangat gembira dapat lihat Gerrard menang medal.”

Musim 2013/14 merupakan musim terbaik Liverpool dan paling hampir untuk mereka menjulang gelaran selain tahun lepas dan tahun ini.

Ada juga antara penyokong Liverpool mengimpikan pasukan kesayangan mereka akan mengangkat dua piala Premier League musim ini.

Jika ini terjadi maka Gerrard tak perlu letak jawatan sebagai pemain pengurus dan menjadi pemain Liverpool kembali untuk bermain lima perlawanan untuk mendapat medal.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.