Jika sebelum ini penyokong Arsenal dikenali dengan kesungguhan mereka dalam kempen Wenger Out yang dilancarkan di seluruh dunia.
Mereka mendesak Wenger keluar selepas lebih 22 tahun di kelab mereka. Namun untuk Unai Emery, kempen itu lebih cepat, tak sampai 2 tahun sekalipun.
Kempen itu sudah dilancarkan beberapa bulan lalu dan ia menemui kemuncaknya selepas kekalahan di tangan Leicester.
Arsenal tewas 2-0 di tangan Leicester hasil jaringan persara England, Jamie Vardy dan pemain yang sedang bermain untuk England, James Maddison.
Sebaik sahaja wisel penamat, #EmeryOut telah menjadi trending di twitter.
Arsenal kini berada di kedudukan tangga keenam. Dibezakan 8 mata daripada 4 teratas.
Antaranya, mereka menuduh Emery sudah membelanjakan lebih £120 juta, hanya untuk menjadikan Arsenal lebih teruk.
Ada juga yang memperlekehkan pembelian Nicolas Pepe. Pemain yang musim lalu memiliki sumbangan gol yang sangat tinggi.
https://twitter.com/geraldngaopk/status/1193250547010330624
Penyokong ini berkongsi detik penyokong Leicester menyanyi, kamu akan dipecat pada ebening.
https://twitter.com/KielekoElvis/status/1193257741692874754
Sebab Unai Emery yang menyebut evening sebagai ebening.
The number of times Unai Emery has said Good ebening is more than the number of his wins this season#EmeryOut
— Sb k. GYESi🇬🇭🐒 (@_gyesi) November 9, 2019
Ada juga yang tergelak dengan ulasan Peter Drury yang menyatakan Arsenal hanya perlu menukar seluar kepada warna hijau untuk menjadi Norwich City.
Peter Drury: " Arsenal on yellow jersey top. They just need green shorts to become Norwich"😁😁
Good ebening @Arsenal #Emeryout pic.twitter.com/KrtBT6DuEX— Vicky O.C.☢ (@oc_victory) November 9, 2019
Unai Emery memiliki rekod lebih teruk ketika fasa Wenger sedang menurun di Arsenal.
£200m spent on reinforcement and this is all we get?
Far worse than Wenger statistically and performance wise#EmeryOutpic.twitter.com/XVViXtBiXN
— Muhammad Awwal (@MATheGooner) November 9, 2019
Pergi berambus dan bawalah sekali good ebening kamu.
Enough is Enough….pack your bags and leave my darling club….carry your Good Ebening somewhere else….#EmeryOut pic.twitter.com/juo6CWKU2m#EmeryOut
— Andy_wear254🇰🇪 (@andyfashions254) November 9, 2019
Cepat betul masa berlalu, ketika penyokong Arsenal meraikan kehadiran Unai Emery ibarat penyelamat kelab yang berpangkalan di Utara London itu.
Arsenal menggunakan tanda pagar Unai Begins pada ketika itu menandakan era Arsenal Baharu.
Tonight, we rest 💤
Tomorrow, #UnaiBegins 👊 pic.twitter.com/uTTcIRtxuv
— Arsenal (@Arsenal) July 13, 2018
— gunner-gal26 (@gunner_x49) July 13, 2018
Mereka menganggap era baharu Arsenal telah bermula.
Unai Emery dalam sidang media selepas perlawanan meminta semua penyokong Arsenal bersabar. Ini kerana semua kerja mereka di Arsenal memerlukan masa untuk menuai hasilnya.
Emery menegaskan mereka sedang bekerja dengan ramai pemain muda dan terus membangunkan para pemain tersebut.
Unai Emery masih yakin bahawa beliau akan dapat membantu Arsenal bangkit. Unai turut menyatakan beliau pernah melalui detik sukar seperti ini dan bangkit semula.
Arsenal berhadapan dengan minggu yang sukar sebelum ini apabila Granit Xhaka bertikam lidah dengan penyokong.
Seterusnya pemain itu dilucutkan jawatan kapten.