Penyokong Kelab EPL Manakah Yang Paling ‘Sexy’?

Bukan sahaja skuad Jurgen Klopp berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 25 mata sebelum ianya ditangguhkan akibat penularan wabak global pada Mac lalu.

Penyokong-penyokong The Reds turut sama berada di kedudukan teratas sebagai penyokong bola sepak paling seksi di saingan bola sepak Inggeris itu.

Menurut satu tinjauan yang dilakukan oleh Free Supert Tips, penyokong Liverpool dianggap sebagai penyokong yang paling mempunyai rupa (kacak/cantik).

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Rachel Riley applauds fans prior to The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

 

Liverpool memenangi 26% undi untuk berada di kedudukan teratas, dan Chelsea pula di kedudukan kedua dengan 20%.

Penyokong Manchester United pula dianggap sebagai penyokong ketiga paling seksi di dalam tinjauan tersebut dengan 18% undian, dan Arsenal di kedudukan ke-4 dengan 17% undian.

Penyokong Southampton pula mungkin sedikit malang kerana dianggap sebagai penyokong paling hodoh di kalangan 20 pasukan bertanding.

Hanya 1% undi menjadi milik The Saints, manakala Watford dan Sheffield United masing-masing meraih 2% undi.

55% daripada koresponden juga berkata mereka tidak kisah mempunyai hubungan intim dengan penyokong pasukan lain.

Berikut adalah senarai 20 penyokong paling seksi di Liga Perdana Inggeris? Hensem atau hodohkah anda?

1. Liverpool: 26%
2. Chelsea: 20%
3. Manchester United: 18%
4. Arsenal: 17%
5. Burnley: 10%

6. Tottenham Hotspur:%
7. Brighton Hove and Albion:%
8. Manchester City: 8%
9. Aston Villa: 7%
10. Newcastle United: 7%
11. Crystal Palace: 6%

12. Everton: 6%
13. Bournemouth: 5%
14. Leicester City: 4%
15. Norwich City: 3%

16. West Ham United: 3%
17. Wolverhampton Wanderers: 3%
18. Watford: 2%
19. Sheffield United: 2%
20. Southampton: 1%

Menurut jurucakap Free Supert Tips, Jake Apperley, tinjauan ini dilakukan untuk mengkaji kelakuaan dan norma penyokong bola sepak.

“Penyokong bola sepak mempunyai persepsi negatif terhadap pasukan yang dominan [top six]. Jadi ia luar biasa untuk melihat majoriti dari mereka cenderung untuk meniduri salah seorang penyokong mereka.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.