Penyokong Kecewa Diperlekehkan Ole Yang Jilat Dan Kipas Woodward-Glazer, Dan Kutuk LVG, Mourinho

Ole Gunnar Solskjaer telah mempertahankan bos bos beliau di Manchester United. Ole mendengar ramai pihak yang mengkritik Glazer dan Ed Woodward. Ole Gunnar Solskjaer jelas tak gembira dengannya.

Dalam aksi menentang Burnley sebelum ini ramai peminat yang keluar dari stadium tanda protes dengan Glazer Dan Ed Woodward.

Para penyokong Manchester United menyuarakan kemarahan mereka dengan melaungkan Glazer out dan Ed Woodward Out.

Kempen Glazer Out sudah lama dilancarkan penyokong Man United. Mereka tidak mahu lintah yang menyedut darah Man United dengan menjadikan mereka kaya raya.

Namun sangat kedekut dalam mengeluarkan wang untuk mendapatkan pemain ataupun membantu Ole dalam membangunkan semula Man United.

https://twitter.com/utdxtra/status/1221209056343396353?s=19

Mereka juga membangkitkan sebelum ini pengurus seperti Jose Mourinho dan Louis Van Gaal secara terbuka mengkritik pengurusan Glazer.

Van Gaal pernah berkata: “Ketika saya di Bayern, mereka ditadbir orang yang dewasa dengan bola sepak. Di Manchester United mereka diuruskan Ed Woodward yang tak tahu langsung pasal bola dan tahu pasal bisnes sahaja.”

Malang sekali, semalam Ole Gunnar Solskjaer telah mengkritik balik pihak yang cuba menghentam bos bos beliau.

Ole mendapat tahu ada cubaan daripada pihak penyokong yang mahu keluar awal dari stadium dalam aksi selepas ini tanda protes.

Ole terus menyatakan segalanya sedang berjalan lancar dan di landasan yang tepat. Malah beliau mengutuk Mourinho dan LVG yang pernah mengkritik majikan beliau dengan menyatakan dua pengurus itu suka beralasan.

Ole menuduh dua pengurus itu ada masalah dengan skil pengurusan. Tidak seperti beliau.

“Ini semua berkaitan skil / kemahiran. Sekali sekala, cubalah cermin diri sendiri tu dulu. Dan bukan hanya pandai nak menyalahkan orang lain.”

“Ada di kalangan kita ni suka menyalahkan orang lain apabila dalam kesukaran. Seterusnya ada juga yang memikirkan kita ni lagi bagus daripada orang lain.”

“Saya sangat yakin dengan struktur yang telah didirikan di sini.”

Kenyataan Ole Gunnar Solskjaer itu telah mengundang kemarahan di kalangan penyokong Manchester United. Mereka menganggap Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengampu.

Ole tidak ubah seperti boneka di dalam pengurusan Man United dan cuma mahu menyelamatkan tengkuk sendiri supaya terus kekal sebagai pengurus.

Mereka kecewa seolah olah usaha mereka mahu menyelamatkan kelab daripada Glazer dan Woodward telah diperlekehkan.

Sebelum ini Ole meminta peminat terus mempercayai beliau dan pengurusan kerana mereka berada di landasan yang tepat.

“Saya faham Ole tidak begitu berani untuk memberikan komen tentang struktur dalam kelab kerana beliau pekerja. Namun janganlah nak pertikaian Mourinho dan Louis Van Gaal yang mengkritik struktur teruk di dalam kelab.”

“Kemain lagi Ole ni sembang pasal struktur besar, dia tahu ke? Bekas pengurus Cardiff dan Molde je kot. Mourinho dan Van Gaal pernah menguruskan Real Madrid dan Barcelona.”

Nampaknya Ole sudah semakin hilang undi popular di kalangan penyokong.

Sebelum itu penyokong United marah dengan Ole yang menyamakan dirinya dengan Jurgen Klopp.

Orang Putih Norway mudah lupa, mungkin itu perumpamaan yang sesuai untuk Ole Gunnar Solskjaer.

Jika sebelum ini beliau memperlekehkan Jurgen Klopp, kini beliau mahu peminat Man United tahu bawah beliau ibarat Jurgen Klopp di dalam proses pembinaan semula Man United.

Solskjaer yang terlalu gembira seri dengan Liverpool pada Oktober lalu seperti tiada hari esok telah nemperlekehkan corak latihan Klopp dengan berkata: “Kami di sini tak bermain bola keranjang.”

Ianya balasan komen Ole ketika wartawan menyatakan Klopp tak berpuas hati kerana gol Rashford adalah kerana berpunca daripada foul ke atas Origi.

Sedangkan gambar Salah bermain bola keranjang itu adalah sebahagian aktiviti santai di Melwood. Kekadang main pingpong pun ada. Main tenis bola sepak pun ada.

Tidak cukup di situ, Ole telah menghina Liverpool dan berjanji beliau akan membawa Man United menjulang EPL lebih awwal dari Klopp dan tak nak macam pasukan Liverpool yang menunggu sampai 30 tahun.

Namun kini, Jurgen Klopp adalah pemenang UCL dan Piala Dunia Kelab bersama Liverpool.

Sebaliknya Ole sedang berada lebih 33 mata di belakang Klopp dalam carta liga. Dan Klopp semakin mendahului Ole dalam persaingan untuk mendapatkan EPL pertama Liverpool selepas 30 tahun.

Janji Ole untuk menjuarai EPL lebih awal daripada Klopp seakan akan semakin sukar dan mendapat tekanan daripada peminat United sendiri.

Oleh itu kini Ole telah berpaling tadah dan mengklaim dirinya seperti Jurgen Klopp di Liverpool. Beliau seakan akan mengingatkan bahawa Klopp pun tak menang apa apa pada musim awal dia mengambil alih. Klopp persis dirinya di United ketika ini.

Ole Gunnar Solskjaer nyatakan Manchester United berada di landasan yang tepat dan meminta peminat mempercayai semua proses yang sedang berjalan.

Ini selepas beliau diserang peminat yang tak tahu apa yang sedang dilakukannya. Dia menyatakan United tak mahukan Haaland dan tak terdesak. Sedangkan jelas sekali United terdesak.

Beliau kini menjadi pengurus tetap Man United paling hina ratio kemenangannya.

Ole lantas menyatakan: “Benda ni macam kau robohkan rumah untuk membinanya semula. Takkan terus nak ambik bumbung dia? Kena ketuk dulu. Mana boleh terus angkat bumbung. Kami sekarang kena hujan dan tak dapat nak menyembunyikannya.”

“Korang tengok Jurgen, dia membina pasukannya dalam masa empat tahun. Dan mereka sekarang ini sangat bagus. Semua ini tak akan boleh dilakukan sekelip mata. Jadi, berilah saya masa macam dia.”

https://twitter.com/utdxtra/status/1220664265583091715?s=19

Komen itu telah mengundang banyak kritikam terutama sekali dari penyokong Manchester United sendiri.

Menurut mereka Jurgen Klopp seorang yang jelas dan tahu apa yang dia lakukan dan hasilnya orang nampak.

Macam tidak tahu apa agenda Ole? Seolah-olah beliau cuba merendah-rendahkan Jurgen Klopp.

Seorang peminat Manchester United sangat marah dan menganggap Ole Gunnar Solskjaer tidak tahu malu.

Malah Klopp membawa Liverpool mara ke tiga final Eropah daripada empat musim.

Dan peminat itu juga mengingatkan bahawa beliau telah ditinggalkan dengan pasukan yang lebih baik daripada Klopp ketika mengambil alih.

“Ole ni tak malu ke. Dia sekarang ini dia sedang menuju 54 mata sahaja dalam musim penuh pertamanya. Dan Klopp pula 76 mata pada musim penuh pertamanya.”

“Cuba teka pasukan mana yang mengambil alih pasukan di tangga kedua pada musim sebelumnya?”

Ada juga yang mengingatkan Ole bahawa Klopp sebelum ini berjaya di Borussia Dortmund. Dan tak patut Ole nak samakan pencapaian hambar beliau dengan Klopp.

https://twitter.com/EiFSoccer/status/1220702843436437505?s=19

“Kasihan si Ole ni. Dia ni memang bingai teruk macam najis babi. Saya terkesima apabila dia masih tak sedar tindakannya, dan kini dia membandingkan dirinya dengan situasi ketika Jurgen Klopp mula mengambil alih Liverpool. Ini lagi mengarut.”

“Semakin lama kelab ini berkhayal, semakin lama ianya mengambil masa untuk diperbaiki kelak.”

Banyak lagi komen yang mengecam Ole Gunnar Solskjaer yang dianggap telah memperlekehkan Jurgen Klopp apabila menyamakan dirinya dengan pengurus itu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.