Penyokong Indonesia Maki PSSI, Laung ‘Simon Out’ Dan ‘Merusuh’ Di Media Sosial

Indonesia mengalami kekalahan kedua dalam tempoh kurang seminggu di Stadion Gelora Bung Karno (SGBK).

Sebelum ini mereka ditewaskan oleh musuh utama, Malaysia. Semalam, giliran satu lagi pasukan tetangga, Thailand membawa pulang 3 mata daripada SGBK, dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Thailand menang 0-3 di SGBK dengan kesemua gol dijaringkan pada separuh masa kedua.

Kekalahan itu membuatkan para penyokong Indonesia sangat marah dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia dan juga jurulatih Simon McMenemy.

Indonesia mengakhiri minggu antarabangsa kali ini tanpa kemenangan dan menjadi pasukan tercorot dalam kumpulan G, meskipun Vietnam tidak turun beraksi semalam.

Lebih merisaukan, selepas ini, Indonesia akan berhadapan dengan UAE, di Stadium Rashid Al Maktoum.

Dalam aksi menentang Thailand, di Stadium Gelora Bung Karno, kedengaran bunyi seruan Simon Out yang dilaungkan berulang kali oleh para penyokong.

Manakala di media sosial kempen dengan tanda pagar #SimonOut juga menjadi tular.

Ada yang sudah menghasilkan video untuk kempen tersebut.

https://twitter.com/i/status/1171432957690540035

Jika sebelum ini, berlaku kerusuhan di stadium, kali ini, di media sosial pula, berlaku kerusuhan oleh penyokong Indonesia.

https://twitter.com/PriaKolorIjo/status/1171442685787291648

Para penyokong mengkritik prestasi pasukan Timnas mereka yang disifatkan bermain teruk. Sedangkan para peminat berterusan menyokong dan menanggung kenaikan harga tiket.

Ramai yang meminta Simon dipecat dan digantikan semula dengan jurulatih Luis Milla. Lalu mereka menyindir PSSI dengan komen PSSI bisa apa?

Laman twitter PSSI menjadi sasaran penyokong Indonesia yang mahukan perubahan. Paling kecewa, ketika para penyokong tengah marah, Twitter PSSI mengingatkan para penyokong agar jangan lupa menyertai pertandingan E-Sukan.

Di mana hadiah terkumpul pertandingan FIFA 19 sebanya Rp.35 juta untuk direbut.

Para penyokong Garuda terus megamuk dengan iklan yang dikatakan tidak kena pada masanya.

https://twitter.com/Meinsterben/status/1171466398284967936

Adakah kempen Simon Out ini akan berjaya? Dalam aksi semalam, sudah ramai penyokong Indonesia mulai memboikot perlawanan timnas Indonesa.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.