Penyokong Manchester City telah melakukan perkara yang paling dibenci semua orang terutama sekali pejuang, Raheem Sterling.
Sterling pernah mencadangkan pasukan yang penyokongnya rasis kepada pemain harus dipotong 9 mata.
Dalam aksi semalam, ada penyokong Manchester City yang mengejek Fred dengan gaya seekor monyet. Itu memang salah satu bentuk penghinaan orang kulit putih kepada orang kulit hitam.
Tidak cukup dengan itu, Fred kemudian dibaling dengan objek dan pemain itu mengerang kesakitan.
Fred beraksi cemerlang dalam aksi derbi Manchester dan membantu pasukannya menang 2-1 di hadapan penyokong Manchester City.
Rashford dan Martial menjaringkan 2 gol. Manakala 1 gol adalah menerusi Nicolas Otamendi.
Manchester City kini 14 mata di belakang Liverpool dan mungkin sudah terlepas kejuaraan liga.
Video Fred diejek dan dibaling itu viral dan sampai ke pengetahuan kelab. Manchester City sangat kesal dengan keadan itu dan menyatakan mereka sudah bekerjasama dengan Polis Greate Manchester untuk menjejak pesalah.
Manchester City berikrar, tindakan akan diambil termasuk larangan seumur hidup kepada penyokong yang bersikap seperti monyet itu.
Fred mengambil sepakan penjuru pada baki 20 minit perlawanan lagi. Beberapa objek termasuk pemetik api dibaling ke arahnya.
Fred dan Lingard mengadu kepada pengadil dan Fred enggan mengambil sepakan penjuru itu kerana terlalu kecewa.
Beberapa pemain Manchester City cuba menenangkan keadaan dengan dibantuk petugas stadium agar tidak berlaku insiden yang lebih teruk.
Fred yang dibaling dengan objek itu mengerang kesakitan.
Dalam kenyataannya, Manchester City berkata: “Manchester City FC mendapat tahu tentang video yang menunjukkan ada penyokong melakukan isyarat rasis pada separuh masa kedua, dalam aksi menentang Manchester United malam ini.”
“Para pegawai kelab kami sedang bekerjasama dengan pihak polis Hreater Mancheser untuk membantu mengesan individu dan kami akan memberikan segala bantuan yang kami boleh.”
“Kelab juga bekerjasama dengan Polis Greater Manchester untuk kes balingan objek ke arah pemain di atas padang.”
“Kami tegaskan, kelab tidak akan berkompromi dengan sebarang kelakukan diskriminasi. Sesiapa yang didapati bersalah dengan racism akan digantung seumur hidup.”
Ramai juga yang menantikan komen Sterling untuk mendesak EPL memotong Manchester City 9 mata seperti yang beliau pernah cadangkan sebelum ini.
Does that make your team inclusive then??? The behaviour of the fans today was atrocious . So Mr Sterling 9 points deducted for your team or only when it suits your agenda. https://t.co/C7xlOOfgM4
— Sharon Green ♿ (@shazhewwy) December 8, 2019
Namun, pujian kepada pengurusan kelab Man City yang terus segera bertindak dalam hal ini. Berbeza dengan beberapa kes di Itali sebelum ini, di mana ada pasukan yang dilihat tidak cukup tegas.
Kes Fred itu berlaku, beberapa hari selepas akhbar di Itali menggunakan tajuk Black Friday merujuk kepada pertarunya Smalling vs Lukaku.
Semoga insiden seumpama ini tidak berlaku lagi di dalam bola sepak. Sesungguhnya sikap perkauman itu sangat jelik dan tidak boleh diterima.