Arsenal merupakan pasukan yang dianggap sebagai pencabar kejuaraan pada awal musim. Mereka pasukan paling besar berbelanja walaupun perpindahan seperti Pepe dilakukan secara ansuran.
Nicolas Pepe merupakan antara pemain yang berjaya mereka beli walaupun banyak persaingan dengan pasukan lain. Pepe yang digelar Messi Ivory Coast masih belum menunjukkan impak sebenar yang diharapkan.
Welcom to d mighty Arsenal Nicholas Pepe..at first I questioned if u are worth €80m..now that u have joined,I believe u are better than Messi and Ronaldo combined and d greatest Ivorian to ever grace d Premier League..now let's win some trophy together for d Arsenal!#PepeIsHere pic.twitter.com/HI0jTeZTSt
— Olayinka (@ykgunnerz) August 1, 2019
Namun kini Arsenal semakin bergelut dengan prestasi. Sebelum ini mereka dilanda dengan kontroversi melibatkan Granit Xhaka. Sehinggakan Arsenal terpaksa melucutkan jawatan kapten daripada Xhaka.
Semalam Arsenal hampir diaibkan pasukan tercorot iaitu Southampton. The Saints ternyata pasukan yang lebih baik dan hampir sahaja menang lebih besar ke atas The Gunners.
2 kebangkitan diperlukan oleh pasukan Arsenal dalam perlawanan ini, di hadapan penyokong sendiri.
Danny Ings meletakkan Southampton di hadapan seawal minit kelapan. Ianya selepas pertahanan Arsenal mereka hilang fokus.
Lacazette menyamakan kedudukan untuk Arsenal selepas itu apabila melakukan rembatan daripada keadaan pergelutan di hadapan gol.
Pada separuh masa kedua, Southampton kembali di hadapan menerusi James Ward Prowse. Prowse mendapat penalti selepas Kieran Tierney melakukan kekasaran.
Leno awalnya melakukan save tetapi Prowse pantas menyambar bola itu untuk memastikannya masuk.
Pada masa kecederaan, Alexandre Lacazette menyelamatkan Arsenal sekali lagi.
Perlawanan berakhir dengan seri 1-1. Tetapi ia tak cukup untuk penyokong yang kecewa. Ini kerana Arsenal telah mengikut jejak langkah Sang Garuda. Apabila 5 perlawanan terakhir mereka masih tak menang.
Bezanya Arsenal tak kalah semua. Tetapi masih lagi dikira winless streak.
Di dalam stadium para penyokong meluahkan kemarahan mereka. Mereka kini mensasarkan kemarahan kepada Xhaka, ehh, Unai Emery.
Seorang penyokong Arsenal sangat kecewa dan menganggap duitnya dibazirkan untuk perkara yang sia-sia iaitu membeli tiket bermusim di Emirates.
Emirates antara stadium yang paling tinggi harga tiketnya di Eropah. Lelaki yang marah itu membuat protes dengan membuang tiketnya itu dalam keadaan sangat koyak di hadapan Arsenal Fans TV.
Look at what Arsenal has done, man dashed his whole season ticket away you know #EmeryOut pic.twitter.com/PXGsPiLwSH
— ' (@callmefaze_) November 23, 2019
Unai Emery mengakui bahawa beliau adalah insan yang bertanggungjawab di atas apa yang berlaku di Arsenal.
Arsenal pastinya perlu mencari formula untuk bangkit. Ini kerana Unai Emery sudah berikrar akan membawa Arsenal kembali semula ke pentas tertinggi Eropah iaitu UCL.
Walaupun menyedari ada suara yang meragui kemampuan belia. Ada beberapa pemerhati merasakan Unai Emery kini berhadapan dengan risiko dipecat.
Namun begitu, Unai Emery sudah menyatakan keyakinan beliau di atas sokongan daripada pengurusan tertinggi Arsenal.
Buat masa ini Arsenal berada di tangga ketujuh dengan 4 kemenangan 6 seri dan 3 kekalahan.