Penyokong Arsenal U-Turn Dan Ucap Terima Kasih Deeney Sebab Peliharakan Status Invincible

Kejayaan Watford Menciduk Liverpool semalam telah mendapat pujian daripada peminat Arsenal.

Mereka kalau boleh nak memberikan setiap seorang pemain Watford pingat kebesaran.

Watford menewaskan Liverpool 3-0. Dan ia sangat signifikan kepada pasukan Arsenal yang setiap tahun mahu memastikan satu warisan itu kekal milik mereka iaitu warisan Invincibles yang ditinggalkan oleh Tun Wenger pada 2003/04.

Arsenal pada hari ini tiada apa yang dibanggakan sangat. Dengan kedudukan mereka di liga pun tunggang langgang. Hanyalah satu sejarah Invincible yang menjadi warisan terakhir yang mereka ada.

Warisan tempat keempat setiap musim pun sudah mereka lepaskan. Warisan menang oia FA juga sudah dicilok oleh Manchester City. Maka tinggal satu sahaja yang mereka ada.

Seorang penyokong popular Arsenal iaitu DT telah menghantar satu mesej menyentuh perasaan dan jiwa raga kepada Troy Deeney.

Beliau menyatakan sebelum perlawanan bahawa, bukan semua orang yang boleh Invincible.

DT kemudian berkata: “Nak bergelar Invincible itu bukan untuk semua orang. Saya tahu mesej saya kepada kamu pagi ini akan berhasil, Deeney.”

Mereka melupakan terus kebencian mereka kepada Deeney yang pernah menggelar mereka sebagai pasukan kekurangan Cojone ataupun tiada cukup kepala kemaluan.

Namun hanya kerana aksi menang ke atas Liverpool, penyokong Arsenal kini u turn demi menyatakan kebanggaan kepada status tunggal pemenang liga tanpa kalah.

Lalu DT berkata: “Serius doh, well done kepada kamu dan seluruh pasukan. Kerana aksi kamu superb.”

“Untuk Liverpool nikmatilah kejuaraan liga kami. Sekurang kurangnya ia tak akan sesekali berwarna emas.”

Deeney kini sudah disucikan oleh peminat Arsenal. Betapa besarnya erti Invincible itu kepada mereka. Kau memang tak akan faham sebab team kau tak pernah rasa.

Deeney juga pernah mengakui anaknya fans Arsenal dan pernah memarahinya kerana menciduk Arsenal.

Arsenal kini berusaha untuk menamatkan saingan liga di empat teratas. Dan mereka masih ada perlawanan berhadapan dengan Liverpool.

Namun selepas Watford membuat kerja menghapuskan Liverpool daripada impian Invincible, Arsenal kini tak perlu beriya sangat nak desperate menang.

Watford berjaya menamatkan rekod 44 perlawanan tanpa kalah Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris. Dan hanya Arsenal lebih banyak dengan 49 perlawanan pada era Invincible.

Ini juga kekalahan pertama Liverpool musim ini. Dan pertama kali mereka gagal menang selepas 18 perlawanan straight mereka menang.

Watford menang 3-0 ke atas pasukan yang tak berapa nak power semalam dengan Ismaila Sarr menjaringkan 2 gol. Sementara itu satu gol lagi sumbangan Deeney.

Arsenal baru sahaja tersingkir daripada Europa League. Dan Tinggal satu sahaja cup competition mereka ada iaitu Piala FA.

Romantik sungguh hubungan Arsenal dengan Watford. Sehingga berbalas tweet. Ini pasti membuatkan Fans Liverpool dengki.

Romantik kan?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.