Penyokong Arsenal Percaya Teori Pochettino Mampu Ulangi Kejayaan Invincible Seperti Sol Campbell

Arsenal kini dalam pemburuan pengurus baharu pasukan mereka. Ianya selepas kelab mengesahkan pemecatan jurulatih berkaliber Unai Emery yang dianggap gagal meyakinkan pengurusan tertinggi.

Akibat tidak tahan dengan prestasi buruk menimpa Arsenal, pasukan tersebut telah memecat jurulatihnya Unai Emery yang sebelum ini dijulang dengan Emeryball.

Arsenal gagal menang dalam sebarang perlawanan dalam semua pertandingan dalam 7 perlawanan terakhir mereka.

Arsenal tewas 2-1 dalam perlawanan liga Europa berhadapan Frankfurt, di mana mereka menurunkan pasukan yang kuat.

Para penyokong Arsenal sudah lama melancarkan kempen Emery Out. Terutama sekali ketika Arsenal tewas.

Arsenal dalam kenyataan pemecatan rasmi mereka berkata:

Hari ini kami telah mengambil keputusan dan mengumumkan bahawa kelab ini memutuskan untuk berpisah dengan ketua jurulatih, Unai Emery bersama-sama dengan barisan kejurulatihannya.

Mewakili pihak Lembaga Pengarah Arsenal dan juga pemilik pasukan, Kroenke Sports & Entertainment, Josh Kroenke menyatakan: ‘Terima kasih tak terhingga dan penuh ikhlas daripada kami kepada Unai dan rakan-rakannya yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha cuba membantu kelab ini kembali bersaing ke tahap yang kami semua mahukan.

Tiada lagi kata-kata lain, hanyalah, kami di sini mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada Unai Emery dan staf kejurulatihannya.’

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira keputussan yang dicatatkan di atas padang dan prestasi yang kurang memberangsangkan. Ianya tidak menepati apa yang diperlukan pada tahap yang tertinggi.

Kami telah meminta Freddie Ljungberg untuk menjadi menggalas tugas selakuk ketua jurulatih pasukan utama secara sementara (pemangku). Kami memberikan kepercayaan penuh kepada Freddie untuk membawa bergerak terus ke hadapan.

Pencarian ketua jurulatih baharu sedang dijalankan dan kami akan membuat pengumuman rasmi apabila segala proses itu selesai kelak.

Kini beberapa nama mulai dikaitkan dengan Arsenal. Dan peminat Arsenal mulai mengidamkan bekas pengurus Spurs iaitu Mauricio Pochettino.

Ini kerana mereka yakin sejarah itu akan berulang dengan sendirinya di mana Pochettino akan membantu Arsenal menjuarai EPL sekali lagi dengan status tanpa kalah.

Teori itu mulai berlegar, kerana sebelum ini Arsenal mendapatkan Sol Campbell dari Spurs dan membantu mereka menjadi juara dengan status invincible.

https://twitter.com/Guenzizou_/status/1200493194254995459

Ramai yang mulai tak kisah dengan perseteruan dengan Spurs dan kebencian ke atas Pochettino sebelum ini, kerana bagi mereka, penyokong Arsenal boleh melupakan perkara itu demi melihat Arsenal kembali menjadi invincible.

Ada juga yang mengimpikan gandingan Pochettino dan Sol Campbell sebagai pengurus dan pembantu. Ini pastinya memberikan kepedihan kepada penyokong Spurs.

Seteruasnya ia juga akan memberikan kejayaan besar kepada Arsenal selepas ini.

Adakah teori ini akan terbukti dan akan berulang dengan sendiri nanti? Pochettino kini masih tiada jawatan selepas dipecat oleh Tottenham Hotspur dan digantikan dengan Jose Mourinho.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.