Penyokong Arsenal Paling Bersemangat, Liverpool Lesu

Liga Perdana Inggeris (EPL) mempunyai kelompok pengikut yang besar di negara ini.

Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur adalah antara kelab-kelab yang paling diikuti.

Itulah sebabnya mengapa kunjungan pasukan-pasukan utama EPL seperti di atas sentiasa mendapat sambutan setiap kali mereka ke negara ini untuk pra musim.

Bagi mereka yang mampu, kunjungan ke stadium-stadium seperti Anfield, Stamford Bridge, Old Trafford dan Stadium Emirates untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan kesayangan pasti akan menjadi kenangan yang tidak aka dilupakan.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan seperti anda dan saya, cukuplah sekadar menyaksikan perlawanan secara siaran langsung di kaca televisyen yang dibawakan khas oleh Astro Supersport.

Saingan Liga Perdana Inggeris pada minggu pertama sememangnya sering menghadirkan kejutan dan drama.

Ia juga adalah waktu dan masa yang dinanti-nantikan oleh penyokong setiap kelab untuk melihat impak yang dihadirkan pemain-pemain baharu yang dibeli sepanjang jendela perpindahan musim panas.

Antara perlawanan awal yang dilangsungkan pada minggu pertama.

Saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini menampilkan perlawanan di antara Fulham dan juga Arsenal. Berdasarkan laporan oleh Stadium Astro perlawanan tersebut yang diadakan jam 7:30pm waktu Malaysia adalah yang paling ramai saksikan di negara ini.

Penyokong Arsenal nyata tidak dikecewakan apabila pasukan kesayangan mereka menewaskan Arsenal 3-0 dalam perlawanan menarik dan menampilkan corak permainan meyakinkan dari The Gunners.

Selepas pertemuan diantara Fulham dan Arsenal dua perlawanan seterusnya yang mendapat sambutan paling hangat dari kalangan peminat Premier League adalah pertemuan membabitkan West Brom vs Leicester City dan Crystal Palace vs Southampton.

blank
Sumber: Stadium Astro

Perlawanan yang dianggap dramatik yang menyaksikan 7 gol dijaringkan sepanjang 90 minit perlawanan – termasuk 2 penalti – iaitu pertemuan Liverpool vs Leeds United di Anfield pula berada di kedudukan keempat dari segi jumlah tontonan palung ramai.

Ranking jumlah tontonan ini agak mengejutkan mengambil kira beberapa faktor.

Apatah lagi perlawanan membabitkan Liverpool yang baru dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris yang pertama di dalam tempoh 30 tahun berada di ranking keempat, di belakang perlawanan yang dianggap average seperti West Brom vs Leicester City dan Crystal Palace vs Southampton.

Lawan Liverpool pula bukan calang-calang pasukan, iaitu juara Championship, Leeds United yang dilatih oleh seorang jurulatih berpengalaman, Marcelo Bielsa.

Beberapa faktor seperti perlawanan yang diadakan pada larut malam mungkin membuatkan perlawanan membabitkan Liverpool vs Leeds gagal menarik tontonan yang lebih ramai.

Atau adakah penyokong Liverpool sudah berpuas hanya meriah bila menjulang piala? Atau munkinkah Fantasy Premier League (FPL) menjadikan perlawanan lain mempunyai lebih banyak daya tarikan?

Secara keseluruhan, minggu pertama Liga Perdana Inggeris berjaya menarik 2.36 juta tontonan dari rakyat Malaysia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.