Para penyokong Arsenal ada satu kerisauan, di mana, apabila perlawanan besar, Granit Xhaka diturunkan.
Ini kerana rekod disiplin kapten mereka itu yang kerapkali memberikan risiko kepada pasukan. Dengan peranan beliau sebagai DM, sudah pastinya beliau mendedahkan pasukan kepada bahaya jika melakukan terjahan tidak sepatutnya.
Dalam aksi menentang Spurs di Derbi Utara London, Xhaka memberikan penalti kepada Tottenham dalam keadaan rakan-rakannya berada di posisi yang kompak.
Granit Xhaka has given away five penalties in the Premier League since making his Arsenal debut in 2016, no player in the competition has conceded more in that timeframe.
Not his finest display in an Arsenal shirt. 😬 pic.twitter.com/SLbjVUhGhd
— Squawka Football (@Squawka) September 1, 2019
Xhaka melakukan bentesan ke atas Son Heung Min. Membuatkan pengadil tiada pilihan, selain daripada memberikan penalti kepada Spurs.
Keadaan itu membuatkan Arsenal ketinggalan 2 gol, selepas Kane menyempurnakan penalti itu. Mujur Alexandre Lacazette merapatkan kedudukan sebelum wisel rehat ditiup.
Gary Neville dalam ulasan beliau menganggap ia satu kegilaan daripada Xhaka.
“Sememangnya amat gila daripada Xhaka, seorang pemain berpengalaman yang menjadi ‘pemain tidak berpengalaman’. Beliau melakukan perkara yang sama setiap minggu, dan tidak pernah belajar daripadanya.”
Kemarahan penyokong Arsenal membuatkan ramai mereka mengarahkan agar Xhaka dijual segera.
Beberapa peminat Arsenal di Twitter meminta agar Xhaka dijual serta merta, kalau boleh pada rehat separuh masa itu juga.
Mereka masih ada 15 minit untuk melakukan perpindahan keluar Granit Xhaka.
Menurut mereka, Xhaka adalah liabiliti kepada pasukan. Dan pemain itu pula merupakan pemain pilihan utama Unai Emery.
Pada separuh masa kedua, Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Aubameyang dan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2. Gol Sokratis pada minit ke-80 dibatalkan oleh VAR.
Dalam kenyataan media selepas tamat perlawanan, Unai Emery memuji aksi Granit Xhaka yang menurut beliau, sangat membanggakan, walaupun ada melakukan kesilapan.