Penyokong Arsenal Gelakkan Steven Bergwijn Sertai Yang Spurs Kerana Nak Julang UCL

Tottenham Hotspur mengumumkan pemain baharu mereka iaitu pemain sayap kebangsaan pasukan Belanda, Steven Bergwijn.

Tottenham Hotspur membeli Steven Bergwijn dengan harga £27 juta dari PSV Eindhoven. Beliau setuju dengan kontrak sehingga 2025.

Pemain berusia 22 tahun itu bermain untuk PSV Eindhoven sebelum ini dan sudah menjaringkan 5 gol musim ini. Beliau menyertai pasukan tersebut dari remaja dan melakukan debut pada usia 17 tahun.

Sepanjang bersama PSV Eindhoven, Steven Bergwijn sudah menjaringkan 31 gol daripada 149 penampilan dan membantu pasukan tersebut menjulang 3 kejuaraan liga Belanda ataupun Eredivisie.

Beliau menjadi sasaran utama Jose Mourinho bagi menambahkan sengat di bahagian serangan.

Kehadiran beliau membolehkan Mourinho meletakkan pemain seperti Son Heung Min di peranan penyerang utama.

Bergwijn memberitahu laman rasmi Spurs: “Ini perpindahan yang amazing. Ketika saya masih muda, saya selalu mengikuti perkembangan jurulatih elit di dunia, dan sudah tentunya Jose Mourinho. Alangkah gembiranya kini saya dapat bermain di bawah kendalian beliau.”

“Kamu harus percaya dengan diri sendiri dan saya tahu apa yang saya boleh sumbangkan kepada pasukan ini. Saya sangat bagus menggelecek dan boleh menjaringkan gol.”

“Pasukan ini bermain bola sepak yang menggiurkan dan saya sukakannya. Bermain di sini adalah satu impian dan satu penghormatan.”

Selepas pengumuman rasmi kelab, Bergwijn turut mengajar orang orang putih wilayah baginda Ratu Elizabeth, cara betul menyebut namanya.

Sungguh bagus sesi ini. Siap ada tutorial lagi.

Namun sesi pengenalan yang awalnya disambut meriah dengan kegirangan penyokong Spurs tiba-tiba bertukar menjadi satu jenaka ibarat Maharajalawak Mega buat penyokong Arsenal.

Ini apabila pemain itu dilihat seperti dipengaruhi ketum campur coke lalu menyatakan beliau datang ke Spurs kerana mahu menang Liga Juara-Juara Eropah.

Ramai penyokong Arsenal tergelak dengan kenyataan yang dianggap halusinasi itu.

Kolasitank hanya mampu tergelak dan menitiskan air matanya:

Ada yang memberikan peringatan bahawa benda yang dia nak tu sebenarnya tak ada dekat Spurs.

“Pasukan bola sepak kuat berangan”

Malah ada penyokong Spurs sendiri turut menyatakan perkara sama, bahawa benda yang Steven Bergwijn cakap tu memang tak ada di Spurs. Nak menang Piala Carabao pun kaput.

Seorang penyokong Spurs membalas balik, bahawa, kenapa Arsenal gelakkan orang tak pernah menang UCL, sedangkan dia sendiri pun tak pernah menang.

Malah mereka menyatakan bahawa, Spurs ada peluang lebih baik dari Arsenal nak menang kerana beraksi di UCL dan Arsenal tak.

Diharap Steven Bergwijn menjadikan kritikan dan gelakkan itu menjadi satu motivasi kepada dirinya untuk memacu Spurs sehingga menjadi kelab London kedua yang ada UCL selepas Chelsea.

Dan mungkin selepas ini beliau akan menjadi pemain sehebat Gareth Bale? Siapa tahu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.