Pengurusan Tugu Ronaldo Buntu Memikirkan ‘Bebird’ Semakin Berkilat Kerana Selalu Diraba Dan Digosok

Tugu Cristiano Ronaldo di tempat kelahirannya di Funchal Portugal kini mengalami kelusuhan hanya di bahagian burungnya. Ini kerana terlalu ramai peminat terutama sekali kaum wanita yang meramasnya ketika bergambar.

Akibat tindakan gatal tangan mereka itu, membuatkan tugu yang dibina pada 2014 itu menjadi agak rosak. Tugu tersebut berwarna gangsa dibuat khas untuk legenda hidup bola sepak itu.

Tugu tersebut dibuat dengan postur badan Ronaldo kelihatan bersedia mengambil sepakan percuma. Cara Ronaldo mengambil sepakan percuma memang ikonik. Di mana dia membuka kakinya dan berdiri selari di hadapan bola.

Biasalah, Abang Do, apa je yang dia tak buat dengan bergaya? Meraikan gol pun dia ada keraian paling popular di dunia iaitu SiuuuuU!

Kini hanya di bahagian bonggol tersebut sahaja yang ‘bersinar’ seperti warna keemasan sedangkan yang lain kekal berwarna gangsa.

Dahulu inilah gambar bahagian terseksi pada tugu itu ketika ia dilancarkan.

Dan lihat sendiri perbezaannya selepas kira kira 8 tahun.

Malah sekarang ini kalau ada yang bergambar di hadapan tugu Ronaldo ketika waktu mentari terik, akan bersinarlah cahaya keluar dipantulkan oleh burung Abang Do yang terbukti antara baka terbaik. Lihatlah berapa sudah zuriat dihasilkannya dalam masa dia memberikan latihan kepada bola sepak.

Seorang pelancong berkongsi detik dia memuat naik gambar itu ke dalam kumpulan WhatsApp keluarga. Niat asalnya mahu menceritakan bahawa dia sudah sampai di kampung Ronaldo dan bergambar di hadapan tugu ikonik itu. Malangnya, keluarganya yang lain tergelak ketawa melihat gambar bahagian kemaluan Ronaldo yang berwarna berkilat.

Pelancong itu berkata: “Saya cuma nak berkongsi gambar dengan keluarga dan saya letaklah gambar saya bersama dengan tugu Ronaldo. Sekali diorang gelak tanpa henti melihat gambar itu. Mereka ingatkan saya sengaja menghantarnya untuk bahan kelakar. Saya sendiri baru perasan bahagian itu memang nampak berkilat.”

Pihak yang menjaga tugu itu kini pening kepala dengan orang ramai termasuk pelancong yang suka meraba bahagian kemaluan Abang Do. Dan berharap mereka tidak terus melakukannya kerana ianya akan merosakkan tugu tersebut.

Lebih Setengah Juta Orang Teruja Tengok Ronaldo Mandi Secara Langsung

Lebih dari setengah juta manusia menghabiskan masa beberapa minit untuk menonton aksi Cristiano Ronaldo mandi secara langsung di laman instagram.

Pemain terhebat sepanjang zaman itu membuat siaran langsung sedang mandi di halaman rumahnya, dengan beliau ketika itu hanya memakai seluar dalam sahaja.

Walau hanya itu sahaja yang mahu ditunjukkan, tetapi seramai 670,000 manusia yang sanggup menghabiskan masa mereka menonton siaran langsung tersebut.

Tidak kira untuk pengiklanan atau ketika berada di atas pentas, Cristiano Ronaldo sememangnya sering ‘belanja’ otot-otot beliau terutama six pack di hadapan kamera.

Kebiasaannya beliau akan bergambar bersama product untuk menunjukkan six pack beliau yang sungguh indah lagi dasyat itu.

Beliau juga turut pernah meraikan gol dengan menunjuk six pack dan jelas sekali Cristiano Ronaldo sangat bangga dengan potongan badan yang beliau miliki.

Kali ini, beliau memutuskan untuk ‘belanja’ lagi besar, dengan Cristiano Ronaldo membuat siaran langsung di laman instagram miliknya ketika beliau sedang mandi.

Dengan hanya memakai seluar dalam, Ronaldo nampak sangat gembira bermandi manda di halamannya dan lebih dari setengah juta manusia menjamu mata menyaksikan siaran langsung tersebut.

Dalam video tersebut juga, selepas beliau bergembira menikmati mandi malam, Cristiano Ronaldo mengakhiri siaran langsung beliau dengan memberikan flying kiss kepada para pengikutnya.

Agak menakjubkan kerana kurang lima minit sahaja selepas beliau mula bersiaran langsung, sudah 670,000 manusia yang berkumpul di siaran langsung beliau menonton beliau mandi.

Di usia 37 tahun, harus diakui yang potongan badan Cristiano Ronaldo sememangnya sungguh menakjubkan dan tidak hairanlah mengapa ramai yang sanggup menghabiskan masa menonton beliau mandi malam.

Sebelum ini, Cristiano Ronaldo pernah mengejutkan peminat dengan beliau membuat siaran langsung pertama yang aneh ketika meraikan kejayaan beliau menjadi manusia pertama memiliki 400 juta pengikut.

Cara aneh Cristiano Ronaldo rai 400 juta pengikut di Instagram

Peminat dunia bola sepak dikejutkan dengan siaran langsung aneh Cristiano Ronaldo di laman instagram miliknya dengan ramai yang keliru apa sebenarnya dilakukan oleh beliau.

Rio Ferdinand bahkan turut meninggalkan komen di siaran langsung tersebut dengan beliau jelas sekali tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh legenda bola sepak Portugal itu.

Ronaldo membuat siaran langsung di laman instagram miliknya ketika beliau sedang masuk ke sauna peribadi miliknya awal bulan lalu.

Ada satu ketika, hampir 700,000 penonton yang menonton siaran langsung tersebut, dengan pemain berusia 37 tahun itu hanya melihat kamera tanpa bercakap apa-apa.

Ronaldo turut menunjukkan kepada peminat halaman belakang rumahnya dengan bekas rakan sepasukannya, Rio Ferdinand bingung memikirkan apa yang cuba disampaikan olehnya.

“Apa yang kamu lakukan bro?”

Tulis Ferdinand di ruangan komen dalam siaran langsung tersebut bersama emoji ketawa.

Jelas sekali hal itu telah menjadi topik perbualan hangat para peminat, dengan rata-rata dari mereka masih tak faham apa yang cuba dilakukan oleh Cristiano Ronaldo.

“Ronaldo sudah ada 400 juta pengikut di laman instagram dan dia masih tak tahu bagaimana cara sebenar menggunakan platform itu.”

“Ajaibnya walau saya tak faham apa yang cuba dia sampaikan, tapi saya terhibur dan saya tonton siaran langsung itu sampai habis.”

“Macam melihat seorang lelaki tua yang pertama kali jumpa butang siaran langsung, tak sangka dia juga seorang yang lucu.”

“Kenapa dia masuk dalam sauna, pusingkan kamera ke arah muka dia tapi dia langsung tak bercakap walau sepatah? Apa yang cuba dia lakukan?”

“Mungkin ini cara dia meraikan 400 juta pengikut, dengan membuat siaran langsung tanpa tujuan.”

Ronaldo baru-baru ini berjaya menjadi manusia pertama dalam dunia yang berjaya mengumpul 400 juta pengikut di laman instagram.

Beliau kini mempunyai lebih 100 juta pengikut berbanding seteru terdekatnya, Kylie Jenner yang kini memiliki 309 juta pengikut.

Pengikut beliau bertambah sebanyak 163 juta​ dalam tempoh lima bulan terakhir ini, dengan pendapatan beliau untuk setiap muat naik turut didedahkan pada ketika ini.

Berapa Ronaldo dapat untuk satu post di Instagram

Pemain bola sepak yang mempunyai nilai komersil yang paling tinggi ketika ini, Cristiano Ronaldo menjadi manusia pertama mempunyai pengikut di laman Instagram yang mencecah angka sehingga 400 juta (ketika artikel ini ditulis pengikut Ronaldo di Instagram sudah mencecah 401 juta).

Dengan jumlah pengikut menghampiri setengah bilion di Instagram rasmi Cristiano Ronaldo secara tidak langsung telah melonjakkan nilai satu post atau hantaran berbayar kepada £1.72 juta bersamaan RM9,765,028.92 duit Malaysia.

Harga satu post di Instagram Ronaldo ini adalah tiga kali berbanding gaji mingguan Ronaldo bersama Setan Merah yang semakin sendu yang dilaporkan sekitar mencecah £480,000 seminggu.

Kalau empat post sahaja Ronaldo layan sebulan kau kira la sendiri.

blank

Peningkatan mendadak pengikut Ronaldo ini selepas beliau kembali bersama Manchester United. Pada September 2021, Instagram Ronaldo mempunyai 237 juta pengikut je.

Selepas 5 bulan pengikut Instagram Ronaldo telah mencecah 400 juta dengan peningkatan 163 juta orang pengikut dalam tempoh tersebut.

Angka 400 juta pengikut itu dicapai Ronaldo hanya sehari selepas beliau meraikan harijadinya ke-37 mengatasi Kylie Jenner yang kini mengumpul 309 juta pengikut.

Berdasarkan laporan, pada 2021, Ronaldo dibayar secara purata sebanya £1,019,100 untuk satu post ataupun RM5,785,894.79 dan kini telah meningkat sejajar dengan kenaikan harga ayam dan telur kepada £1.72 juta bersamaan RM9,765,028.92 duit Malaysia.

Bagi setiap hantaran Ronaldo di laman Instagramnya akan menerima tanda suka yang berbentuk love secara purata 10 juta sukaan.

Pada 2021 yang lalu, Ronaldo diiktiraf sebagai antara atlet menerima pendapatan paling tinggi oleh Forbes. Salah satu daripada sebabnya adalah peningkatan pendapatan daripada media sosial.

Forbes telah menilai pendapat Ronaldo pada tahun 2021 pada angka £88.6 juta (RM502.65 Juta) ditempat ketiga di belakang Conor McGregor dan Lionel Messi dalam senarai atlet berpendapatan tinggi.

Pada tahun 2020, pemenang pemain terbaik dunia lima kali ini telah menjadi atlet pertama meraih pendapatan $1 bilion (RM4 bilion) bagi kategori atlit sukan berpasukan yang masih aktif (active team-sport athlete).

Selain bola sepak media sosial dan juga kontrak lumayan sepanjang hayat bersama Nike, Cristiano Ronaldo juga menjana pendapatan melalui jenama pakaian CR7, aksesori, hotel dan gimnasium.

Dan sudah tentunya, Ronaldo akan meningkatkan lagi pendapatannya daripada media sosial pada tahun ini, kerana memang tak ada tanda tanda dia akan berkurangan populariti.

Ronaldo secara perbandingannya, lebih banyak pengikut berbanding dengan 92 kelab bola sepak di England secara keseluruhan.

Ronaldo seringkali memuat naik gambar dengan keluarganya. Gambar latihan dan juga gambar dia melancong serta tempat tempat menarik.

Sumber: SPORTbible

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.