Pengurusan Tottenham Tidak Gembira Dengan Sumbangan Bale

Pihak pengurusan Tottenham Hotspur dilaporkan sangat kecewa dengan Gareth Bale selepas kepulangan semula beliau ke kelab London itu.

Pemain kebangsaan Wales itu kembali sertai Tottenham Hotspur secara pinjaman pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Selepas tidak mendapat tempat di bawah pengurusan Zinedine Zidane, Bale memutuskan untuk menerima tawaran kembali ke Spurs sebagai pemain pinjaman.

Namun, kepulangan semula beliau tidak seperti yang diharapkan oleh para peminat, Bale yang sekarang jelas berbeza dari beliau yang pernah cipta nama di pentas premier league sebelum ini.

Beliau sudah membuat 11 penampilan dan hanya menjaringkan tiga gol sahaja dari semua pertandingan dan dari tiga gol tersebut, hanya satu sahaja dihasilkan dalam saingan premier league.

Dua lagi gol yang berjaya beliau jaringkan itu datangnya dari saingan Europa League dan Carabao Cup.

Beliau juga hanya bermain selama 161 minit sahaja dari 900 minit yang sepatutnya dan AS menyatakan bahawa kelab sudah menyesal dengan nilai yang mereka laburkan untuk Bale.

Salah satu petikan kata dari Alberto Munoz yang telah menyatakan bahawa impak Bale kepada pasukan sebenarnya hanya sia-sia dan sumbangannya terlalu sedikit.

Bale mencatatkan satu cubaan tepat ketika Spurs berjaya menewaskan Stoke City 2-1 di peringkat suku akhir Carabao Cup minggu lalu, dan hanya bertahan selama 45 minit sahaja.

Mourinho kemudian mendedahkan bahawa bekas pemain akademi Southampton itu pernah meminta untuk dikeluarkan kerana merasakan dirinya cedera dan kebanyakkan peminat Spurs sudah hilang sabar dengannya.

Ketika kontrak pinjaman beliau bersama Spurs berakhir nanti, Bale akan mempunyai baki satu tahun lagi kontrak bersama Real Madrid, namun beliau sepertinya tidak akan bermain lagi bersama skuad Los Blancos itu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.