Arsenal menyenaraikan ramai calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Unai Emery.
Sejak Unai Emery dipecat beberapa nama termasuk Mauricio Pochettino, Nuno Espirito, Max Allegri, Calro Ancelotti, Eric Ten Hag dan Mikel Arteta, antara mereka yang dalam senarai calon.
Namun Sky Sports mendedahkan bahawa, calon utama kini adalah Mikel Arteta, bekas pemain Arsenal sendiri.
Arteta merupakan pemain yang bermain di bawah Arsene Wenger. Dan beliau merupakan pemain yang kerap diberikan Wenger peluang untuk mengendalikan sesi latihan ketika masih menjadi pemain di Arsenal.
Masa depan Arteta dengan Arsenal semakin hangat diperkatakan apabila Pengarah Urusan Arsenal, Vinai Venkatesham semalam dilihat meninggalkan kediaman Arteta di Manchester.
Vinai dilaporkan berada di sana selama dua jam, dipercayai berbincang dengan Mikel Arteta tentang tawaran pengurus yang baharu.
Arsenal sebelum ini dikaitkan dengan Carlo Ancelotti namun tiada tanda-tanda The Gunners lebih serius dalam memburu Ancelotti.
BREAKING: Mikel Arteta is now the leading candidate to become Arsenal's new manager, Sky Sports News understands.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 16, 2019
Ancelotti pula dikatakan sedang mendahului pesaing lain untuk mendapatkan jawatan di Everton.
Unai Emery dipecat selepas Arsenal semakin jauh daripada landasan 4 teratas. Dan kini tugasan Unai diambil oleh Freddie Ljungberg.
Namun Ljungberg gagal memberikan impak yang lebih besar. Ljungberg mendesak pengurusan Arsenal untuk melantik segera pengurus tetap.
Ini bagi membolehkan urusan pengurusan dan penstrukturan jurulatih di Arsenal kembali lancar seperti sedia kala.
Realiti di Arsenal ketika ini kekurangan staf jurulatih, kerana beberapa pegawai utama di bawah Unai Emery turut mengikut Unai Emery yang dipecat.
Namun Unai Emery dikatakan bermurah hati membenarkan 3 staf beliau untuk kekal di Arsenal selagi mereka diperlukan.
Ljungberg mahu membawa masuk Gilberto Silva ke dalam kejurulatihan. Kerana beliau kasihan dengan Per Mertesacker yang terpaksa menjadi pembantu beliau secara sukarela. Sedangkan Per Mertesacker adalah pengurus akademi Arsenal.
Namun pengurusan Arsenal menghalang Ljungberg daripada melantik sesiapa sahaja kerana beliau hanyanya pemngku.
Ramai percaya Arteta adalah calon yang sesuai. Martin Keown menegaskan filosofi Arteta yang ada latar belakang Barcelona dan kemudian bekerja di bawah Guardiola menjadikan beliau calon yang sangat sesuai dengan Arsenal.
“Filosofi beliau datang dari pendidikan di Barcelona, cara menghantar bola.”
“Ianya adalah mirip kepada gaya bola sepak Arsene Wenger. Dan mungkin Arsenal percaya Arteta adalah orang yang tepat untuk jawatan di Arsenal.”
🔫 Keown on Arteta: “That philosophy he came from, his Barcelona education, the way they pass the ball.
“It is in the mould of Arsene Wenger, that brand of football, and perhaps that is why Arsenal believe Arteta might be the right man for the job."
Big coat game = strong 🧥💪 pic.twitter.com/v2WTo9O5Io
— Goal (@goal) December 17, 2019
Arsenal dijangka akan cuba memuktamadkan segera perlantikan Mikel Arteta dan mengkaji semula kedudukan Freddie Ljungberg selepas ini.
Dijangka Ljungberg akan terus berada dalam staf kejurulatihan pasukan utama.
Jika Arsenal melantik Arteta dana 2-3 hari ini, dan Everton melakukan perkara yang sama, maka kita semua akan berpeluang melihat Ancelotti vs Arteta pada hujung minggu nanti.
Ia pastinya satu pertarungan yang sengit di antara kedua-dua pengurus.