Walaupun Liverpool dilihat sedang mendahului dengan cemerlang di puncak liga.
Namun sebenarnya jika Liga Perdana Inggeris dikecilkan kepada pertarungan liga big six, Liverpool hanyalah berkedudukan di tangga kedua.
Seorang penganalisis bola sepak terkemuka dan orang yang meramalkan Manchester City juara liga musim lalu iaitu Scott Wilson dari Givemesport telah menganalisis carta liga melibatkan big six.
Scott Wilson mengumpulkan data pertemuan di antara 6 pasukan besar di EPL.
Namun agak kontroversi kerana Scott Wilson mengeluarkan nama Arsenal daripada senarai big 6 beliau dan menggantikannya dengan Leicester.
Berdasarkan analisis oleh Scott Wilson, pendahulu liga untuk big six ketika ini adalah Manchester United kerana kejayaan mereka menewaskan Manchester City pada minggu lalu.
Walaubagaimanapun, kedua dua pasukan di tangga teratas, iaitu Manchester United dan Liverpool berkongsi 13 mata.
Namun begitu Setan Merah memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik berbanding dengan mush utama mereka iaitu Liverpool yang dibimbing oleh Jurgen Klopp.
Scott Wilson ada jawapan beliau tersendiri untuk tidak menyertakan pasukan Arsenal. Kerana menurut beliau, Leicester terlalu kuat impaknya dalam persaingan kali ini.
Mereka berada di tangga kedua selepas 15 perlawanan, bukannya di tangga ke-5 ataupun keenam.
Skuad bimbingan Brendan Rodgers itu dilihat memberikan cabaran untuk persaingan kejuaran Liga Perdana Inggeris pada musim ini.
Berdasarkan carta, Man United di tangga teratas. Liverpool di tangga kedua. Manchester City di belakang Leicester.
Skuad bimbingan Brendan Rodgers berada di tangga ke-3.
Spurs dan Chelsea menghuni tangga kelima dan keenam.
'big 6' epl table
the power of ole the giant killer at the wheel pic.twitter.com/WCtpv7KG1Y
— Rindaman (@Acapailang) December 9, 2019
Jelas sekali jurang mata di antara Liverpool dan Manchester United dengan pasukan lain sangat jauh.
Musim ini Manchester United jelas sekali pasukan yang paling digeruni di kalangan pasukan big 6. Mereka memiliki rekod yang sangat baik.
This season Top 6 teams:
Played 5Liverpool W4 D1 L0
13 points
Man Utd WE D2 L0
11 points.Olé the "PE teacher" loves the big boys. You love to see it.#MCIMUN pic.twitter.com/kERI2AMfUq
— godking (@Highpsalms) December 7, 2019
Bukan sahaja musim ini, malah sejak mengambil alih Man United lagi, Ole membuktikan kehebatannya berhadapan dengan pasukan big six.
Ole juga memiliki senjata berbisa iaitu Marcus Rashford dalam berhadapan dengan pasukan big six.
Marcus Rashford: 14 league goals vs. PL ‘big six’ in 5 seasons
Raheem Sterling: 13 league goals vs. ‘PL’ big six’ in 9 seasons
The man for the big occasions. 🙌pic.twitter.com/JGuuYFmWfw
— Statman Dave (@StatmanDave) December 9, 2019
Rashford setakat ini sudah menjaringkan 14 gol berhadapan dengan pasuka big six dalam 5 musim.Pada usia yang muda, pemain yang berdarah Mancunian itu memiliki mentaliti yang luar biasa.
Manchester United kini fokus untuk mengejar slot 4 teratas untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.
Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau sedang fokus kepada pembinaan pasukan yang berasaskan para pemain muda.
Ole juga bangga dengan kemenangan pasukannya dalam aksi Manchester Derby pada hujung minggu lalu.
Ole berjaya membantun pasukannya mengecat merah bandar Manchester. Sebelum perlawanan Ole menembak Guardiola yang menganggap Manchester City lebih besar lebih besar daripada Manchester United pada ketika ini.