Pengakhiran Yang Menyedihkan Untuk Bayern Kerana Bakal Kehilangan Empat Individu Penting Kelab

Hari yang tidak begitu menyenangkan untuk para peminat Bayern Munich yang mempunyai pelbagai emosi pada ketika ini selepas berakhirnya aksi perlawanan terakhir liga malam semalam.

Bayern Munich turun beraksi bertemu Augsburg dalam aksi perlawanan terakhir saingan Bundesliga malam semalam di Allianz Arena.

Skuad kendalian Hansi Flick yang telah dinobatkan sebagai Juara saingan Bundesliga musim ini telah menutup tirai musim ini dengan membelasah Augsburg 5-2.

Walau bagaimanapun, perlawanan itu sebenarnya merupakan aksi terakhir untuk tiga bintang utama Bayern, David Alaba, Javi Martinez dan Jerome Boateng yang akan meninggalkan kelab penghujung musim ini.

Lebih menyedihkan lagi, perlawanan tersebut juga merupakan aksi terakhir Bayern Munich dikendalikan oleh Hansi Flick yang turut akan meninggalkan Bayern pada penghujung musim ini.

Ia tentunya hal yang sangat menyedihkan para peminat dengan kesemua tiga pemain itu merupakan legenda kelab yang sudah lama menabur bakti untuk gergasi Bundesliga itu.

Sementara Hansi Flick sendiri pula merupakan pengurus yang sungguh luar biasa menakjubkan selepas membawa Bayern memenangi pelbagai kejuaraan dalam tempoh yang begitu singkat.

David Alaba

David Alaba merupakan bintang berusia 28 tahun yang sudah beraksi bersama Bayern sejak bersama skuad bawah 19 tahun lagi.

Beliau ditandatangani dengan nilai €150 ribu dari Young Violet Austria pada tahun 2008 dan telah membantu Bayern Munich mencapai pelbagai kejayaan.

Musim ini, pemain kebangsaan Austria itu telah berjaya menjaringkan 2 gol dan mencatatkan 4 assists dari 32 penampilan dalam aksi saingan Bundesliga.

Sepanjang bersama Bayern, beliau sudah berjaya memenangi 2 Champions League, 2 Super Cup, 2 FIFA Club World Cup, 2 Super Cup, 10 gelaran Bundesliga, 6 Jerman Cup dan 5 gelaran Jerman Super Cup.

Beliau juga pernah dinobatkan pemain bola sepak terbaik Austria sebanyak 7 kali dengan enam darinya beliau menangi secara berturut-turut dari 2011 hingga 2020.

Satu pencapaian yang sungguh luar biasa hebat untuk pemain yang sudah berbakti selama 13 tahun untuk Bayern dan telah mengucapkan selamat tinggal dalam aksi perlawanan terakhirnya semalam.

Jerome Boateng

Jerome Boateng telah ditandatangani pada musim panas tahun 2011 dari Manchester City dengan yuran perpindahan bernilai €12.5 juta.

Pemain berusia 32 tahun itu turut mengucapkan selamat tinggal kepada Bayern Munich pada penghujung musim ini dengan perlawanan semalam merupakan aksi terakhirnya sebagai tembok kebal Bayern.

Sepanjang musim ini, Boateng telah berjaya menjaringkan 1 gol dan turut mencatatkan satu assists dari 29 penampilan dalam aksi saingan Bundesliga.

Pemenang anugerah pemain terbaik Jerman pada tahun 2016 itu telah banyak membantu Bayern Munich meraih pelbagai kejuaraan sepanjang 19 tahun karier gemilangnya di Allianz Arena.

Beliau pernah membantu Bayern memenangi dua kali gelaran Champions League, 2 Super Cup, 2 FIFA Club World Cup, 9 kali kejuaraan Bundesliga, 5 Jerman Cup dan 5 Jerman Super Cup.

Boateng merupakan pemain centre-back yang dianggap terbaik di dunia selepas melihatkan persembahan beliau bersama kelab mahupun skuad kebangsaan Jerman.

Peminat benar-benar merasa kehilangan dan sedih mengenangkan aksi Boateng malam semalam merupakan yang terakhir untuk Bayern.

Javi Martinez

Seorang lagi legenda yang bakal meninggalkan Bayern adalah Javi Martinez yang menandatangani perjanjian bersama kelab pada tahun 2012 dari Athletic Bilbao dengan yuran perpindahan bernilai €40 juta.

Pemain berusia 32 tahun itu pada musim ini telah membuat 19 penampilan untuk Bayern dan banyak membantu skuad kendalian Hansi Flick itu untuk mempertahankan kejuaraan Bundesliga mereka.

Sepanjang kariernya bersama Bayern, Martinez juga telah memenangi pelbagai kejuaraan sama seperti Alaba dan Boateng.

Beliau pernah menjulang 2 kali gelaran Champions League, 2 Super Cup, 2 FIFA Club World Cup, 9 kali kejuaraan Bundesliga, 5 Jerman Cup dan 4 Jerman Super Cup.

Aksi bertemu Augsburg semalam juga merupakan aksi terakhir Martinez bersama Bayern dengan beliau akan meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.

Hansi Flick

Selain kehilangan tiga pemain yang dianggap legenda kelab itu, Bayern Munich juga terkesan dengan pemergian Hansi Flick yang akan meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.

Pengurus berusia 56 tahun itu sebelum ini merupakan penolong jurulatih Bayern Munich pada bulan Julai 2019 hingga November tahun sama.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengurus kelab pada November 2019 menggantikan Nico Kovac dan telah membantu Bayern memenangi pelbagai kejuaraan walau berkhidmat selama dua musim sahaja.

Beliau berjaya membantu Bayern menjulang satu kejuaraan Champions League, 1 Super Cup, 1 FIFA Club World Cup, 2 kali kejuaraan Bundesliga, 1 Jerman Cup dan satu kejuaraan Jerman Super Cup.

Walau dalam tempoh yang begitu singkat, Hansi Flick telah menyumbang sesuatu yang sangat luar biasa menakjubkan untuk Bayern Munich.

Nama beliau akan kekal diingati sebagai legenda yang membantu Bayern memenangi enam kejuaraan pada musim lalu.

Dalam aksi perlawanan terakhir bertemu Augsburg, Bayern Munich cemerlang membelasah pasukan pelawat itu dengan keputusan 5-2.

Skuad kendalian Hansi Flick itu membuka tirai jaringan hasil gol sendiri dari pemain Augsburg sebelum Serge Gnabry, Joshua Kimmich dan Kingsley Coman membantu Bayern mendahului aksi babak pertama dengan keputusan 4-0.

Andre Hahn dan Florian Niederlechner kemudiannya menjaringkan gol untuk pasukan pelawat, seterusnya mengubah kedudukan menjadi 4-2 pada aksi babak kedua permainan.

Pada minit ke-90 permainan, Lewandowski berjaya meledak gol kelima untuk Bayern Munich dalam perlawanan ini, seterusnya berjaya memecahkan rekod penjaring terbanyak dalam satu musim yang sebelum ini dipegang oleh Gerd Muller.

Satu tamparan yang hebat untuk Bayern selepas kehilangan tiga pemain utama beserta pengurus mereka pada penghujung musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.