Pengadil Punca Kami Gagal Bangkit – Unai

Unai Emery ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang hadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool.

Menurut Unai Emery, penalti itu adalah antara punca kenapa Arsenal tewas. Ini kerana ianya telah menjadi titik perubahan kepada usaha untuk Arsenal bangkit pada separuh masa kedua.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Unai Emery menyatakan: “Saya rasa penalti itu terlalu mudah untuk diberikan. David Luiz bukannya menarik baju Mohammed Salah dengan kuat.”

“Jika anda merasakan itu adalah satu halangan, tarikan itu tidak cukup kuat untuk mendapat sepakan penalti. Saya rasa keputusan pengadil agak kejam.”

Arsenal tewas 3-1 di tangan Liverpool. Kontroversi sepakan penalti itu berlaku pada minit ke-48. Dalam insiden tersebut Mo Salah telah ditarik oleh David Luiz.

Komen Unai Emery itu pula bertentangan dengan kenyataan oleh David Luiz.

Pemain pertahanan Brazil itu mengakui beliau melakukan kesilapan yang berlaku dalam keadaan yang cukup pantas.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.