Pengadil Perlawanan Kelihatan Sangat Kecewa Melihat Lacazette Gagal Untuk Menjaringkan Gol

Pengadil perlawanan, Craig Pawson dilihat sangat kecewa selepas melihat Alexandre Lacazette mensia-siakan peluang keemasan menjaringkan gol penyamaan untuk Arsenal.

Lacazette beberapa kali peroleh peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun, Alisson Becker sering menjadi penghalangnya.

Lacazette memberi kegembiraan buat penyokong Arsenal selepas menjaringkan gol pendahuluan untuk Arsenal mengatasi Liverpool 1-0 pada minit ke-25 perlawanan.

Namun beliau juga membangkitkan kekecewaan kepada para peminat Arsenal selepas gagal beberapa kali untuk menjaringkan gol penyamaan ketika Liverpool mendahului perlawanan 2-1.

Pemain kebangsaan Perancis itu berjaya melepasi perangkap offside pada babak kedua perlawanan dan berhadapan situasi 1 lawan 1 berdepan Alisson.

Namun sayangnya beliau gagal untuk menewaskan penjaga gol utama Brazil itu dan keputusan perlawanan kekal Liverpool mendahului Arsenal 2-1.

Penyokong Arsenal yang menyaksikan perlawanan tersebut pastinya kecewa melihat kegagalan Lacazette dan kekecewaan itu mungkin sama seperti apa yang dirasakan oleh pengadil perlawanan.

Craig Pawson dirakam kelihatan sangat kecewa selepas melihat bola cubaan dari Lacazette tidak menerjah gawang gol Liverpool.

Selain dari menganggap Pawson kecewa kerana beliau peminat Arsenal, ada kemungkinan juga pengadil perlawanan itu kecewa kerana beliau meletakkan Lacazette dalam Fantasy football Team beliau.

Pengadil tersebut mungkin bukan lah peminat Arsenal kerana seawal minit kedua perlawanan keputusan beliau melayangkan kad kuning kepada Sadio Mane dipersoalkan oleh para peminat.

Hal ini kerana para peminat merasakan bahawa Sadio Mane seharusnya dilayangkan kad merah kerana kekasaran yang beliau lakukan keatas Kieran Tierney.

Pemain kebangsaan Senegal itu dilihat dengan sengaja menyiku muka pertahanan Arsenal itu, dan pengadil perlawanan hanya melayangkan kad kuning sahaja berbanding sepatutnya kad merah.

Sadio Mane berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Liverpool tiga minit selepas Lacazette membuka tirai jaringan untuk Arsenal.

Sebelum tamat babak pertama perlawanan, Andrew Robertson yang menjadi punca gawang gol Liverpool dibolosi, berjaya untuk menebus kesalahannya dengan menjaringkan gol pendahuluan untuk the reds mendahului perlawanan 2-1.

Jota melengkapkan debut gemilangnya bersama Liverpool dalam saingan premier league dengan menjaringkan gol volley yang sungguh cantik.

David Luiz cuba mengeluarkan bola dari keadaan bahaya dan bola itu singgah di dada Jota sebelum beliau melepaskan volley santai yang sungguh cantik menerjah sudut kanan gawang Leno.

Jota jelas sudah memberi impak yang sungguh berkesan untuk unit serangan Liverpool sebaik saja beliau dimasukkan pada minit ke-80 perlawanan.

Malam debut yang pastinya indah untuk Jota selepas berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik.

Nilai £43 juta yang Liverpool bayar kepada Wolves untuk mendapatkan Jota sepertinya sangat berbaloi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.