Baru baru ini, peminat Liverpool telah terkoyak kerana adanya babak menggunakan jersi pasukan kesayangan mereka sebagai pengelap air kencing.
Babak itu adalah daripada drama Jujurlah Nikahi Aku yang ditayangkan di Astro.
Peminat Liverpool tak dapat terima
Seorang peminat Liverpool telah membuat satu laporan kepada Kelab Premier League itu selepas jersi Liverpool telah dijadikan kain lap air kencing dalam drama Jujurlah Aku Nikahi Aku.
Tenyata babak dalam drama Jujurlah Aku Nikahi Aku itu telah mengoyakkan jiwa seorang penyokong yang terlalu menusuk kalbu dan menyakitkan hati.
Peminat tersebut telah menghantar aduan itu melalui laman sesawang rasmi Liverpool pada ruangan hubungi kami.
“Laporan Produksi Filem Malaysia Menganjing Berlebihan Terhadap Liverpool.”
“Aku seorang peminat Liverpool FC dari Malaysia.”
“Pautan di bawah merupakan satu babak daripada siri filem Malaysia.”
“Pada aku ini merupakan sesuatu yang memalukan kelab, bola sepak dan sukan seluruh dunia.”
“Ini sangat melampau dan aku boleh jelaskan ini merupakan satu perkara perkauman kepada seluruh kelab.”
“Sangat tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada orang ramai. Tolong ambil tindakan kepada produksi filem dan syarikat televisyen.”
“Jika tidak mereka akan lakukan lagi dan lagi.”
Nampak macam kelakar dan tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Jangan main-main dengan jiwa yang koyak.
“#LFC OK setel .. dah kena report .. kita tunggu nanti mcm mana … buat drama dh lah bangang ..” Ujar beliau dalam satu hantaran di laman muka buku.
https://www.facebook.com/pak.maun.545849/posts/219156229469862
Laporan ini telah menjadi tular dan bualan warganet dan ada yang menyokong tindakan laporan ini dan sudah pasti ramai menjadikan perkara ini sebagai bahan jenaka.
Adakah mengelap menggunakan jersi Liverpool dalam drama merupakan satu yang berunsur perkauman?
Inilah babak pada drama Jujurlah Aku Nikahi Aku, telah mencetuskan kemarahan penyokong Liverpool itu:
https://www.facebook.com/100006946236540/videos/3565354297039410/
PERMOHONAN MAAF KEPADA PEMINAT-PEMINAT KELAB LIVERPOOL
Mewakili produksi drama tersebut, Arie Zaharie daripada produksi Arie Zaharie tampil dengan meminta ampun kepada penyokong Liverpool.
Ianya selepas didesak oleh seorang penyokong Liverpool di Twitternya.
Berikut adalah kenyataan maaf daripada beliau:
Berhubung dengan perkara di atas, saya Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production mewakili pihak produksi dan pihak ASTRO dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf di atas salah satu babak dalam drama Jujurlah Nikahi Aku’ yang melibatkan pelakon kami mengoyakkan dan memijak baju jersey kelab Liverpool.
Saya dengan rasa terkilan atas kesilapan dalam babak tersebut, sesungguhnya saya TIADA NIAT untuk memburukkan nama baik kelab Liverpool. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua peminat-peminat Liverpool di seluruh Malaysia dan berharap agar peminat peminat Liverpool berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya.
Dengan rasa hormat dan rendah diri saya kepada peminat-peminat kelab dan pihak ASTRO dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf di atas salah satu babak dalam drama Jujurlah Nikahi Aku’ yang melibatkan pelakon kami mengoyakkan dan memijak baju jersey kelab Liverpool.
Saya dengan rasa terkilan atas kesilapan dalam babak tersebut, sesungguhnya saya TIADA NIAT untuk memburukkan nama baik kelab Liverpool. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua peminat-peminat Liverpool di seluruh Malaysia dan berharap agar peminatpeminat Liverpool berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya.
PERMOHONAN MAAF KEPADA PEMINAT-PEMINAT KELAB LIVERPOOL #liverpoolfc
Berhubung dengan perkara di atas, saya Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production mewakili pihak produksi dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf di atas salah satu babak dalam drama ‘Jujurlah Nikahi Aku’.
— Arie Zaharie (@ariezaharie7) March 6, 2020
Dengan rasa hormat dan rendah diri saya kepada peminat-peminat kelab Liverpool di seluruh Malaysia, dengan ini saya berjanji TIDAK akan mengulangi perbuatan di atas pada masa akan datang dan memohon maaf atas keralatan dan kesilapan yang berlaku.
Sekian, Arie Zaharie.
#Liverpool #LiveRescue #liverpoolfc #liverpoolmalaysia #clubliverpoolmalaysia pic.twitter.com/yObhz3L5vO
— Arie Zaharie (@ariezaharie7) March 6, 2020