Senarai Terkini Pendapatan Pengadil Premier League Musim 2020/21

Satu kajian berkaitan gaji yang diterima oleh para pengadil untuk saingan Liga Perdana Inggeris musim 2020/21 telah didedahkan dengan Mike Dean memperoleh pendapatan tertinggi.

Mike Dean dilaporkan menetima pendapatan sekitar £200,000 menjadikan beliau pengadil termahal di pentas premier league.

Untuk pengadil yang terpilih menjadi pengadil dalam saingan Liga Juara-juara, Europa League atau perlawanan antarabangsa, mereka boleh menerima pendapatan lebih dari £200,000 setahun ditambah bonus £1,500 untuk setiap perlawanan.

blank

Pembantu pengadil dan pembantu pengadil (VAR) menerima gaji pokok sekitar £30,000 di tambah dengan £850 elaun perlawanan.

Menurut data yang dikumpul oleh Sportekz, Mike Dean, Michael Oliver dan Martin Atkinson dilaporkan memperoleh pendapatan sekitar £200,000 setahun.

Anthony Taylor dan Kevin Friend bersama barisan pengadil lain memperoleh pendapatan sekitar £70,000 setahun untuk setiap seorang.

Lee Mason dan Craig Pawson antara barisan pengadil yang memperoleh pendapatan terendah dan dilaporkan mereka memperoleh £48,000 setahun.

blank

Berikut merupakan senarai nama pengadil beserta pendapatan per tahunan dan bonus setiap perlawanan mereka.

Senarai Pendapatan Pengadil:

Mike Dean – £1,500 – £200,000

Michael Oliver – £1,500 – £200,000

Martin Atkinson – £1,500 – £200,000

Anthony Taylor – £1,500 – £70,000

Kevin Friend – £1,500 – £70,000

Chris Kavanagh – £1,500 – £70,000

Paul Tierney – £1,500 – £70,000

Jonathan Moss – £1,500 – £70,000

Andre Marriner – £1,500 – £70,000

Stuart Atwell – £1,500 – £70,000

Graham Scott – £1,500 – £48,000

Craig Pawson – £1,500 – £48,000

Lee Mason – £1,500 – £48,000

David Coote – £1,500 – £48,000

Simon Harper – £1,500 – £48,000

Peter Bankes – £1,500 – £48,000

Andy Madley – £1,500 – £48,000

blank

Ternyata pendapatan para pengadil juga semakin lumayan dan boleh mencecah hingga £200,000 setahun.

Jika sebelum ini hanya senarai pendapatan para pemain sahaja didedahkan, namun kini dengan data yang dikumpul oleh Sportekz, senarai pendapatan pengadil pula didedahkan kepada umum.

Dengan tanggungjawab berat yang diberikan kepada para pengadil, pendapatan yang mereka terima juga setimpal dengan kerja mereka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.