Penceroboh Padang Di Judo Sebelum Kepala Dirembat

Seorang penceroboh padang menerima padah apabila telah dijatuhkan dengan satu gerakan Judo sebelum kepalanya dirembat oleh pemain dengan satu rembatan padu.

Kejadian tidak diingini ini terjadi dalam perlawanan Figueirense menentang Avai di Campeonato Catarinense yang berlangsung di Estadio Orlando Scarpelli.

Ketegangan bermula selepas Bruno Silva telah dikeluarkan pada separuh masa kedua dan provokasi telah dilakukan pemain itu kepada penyokong Figueirense.

Dengan hanya bangku simpanan menjadi pemisah, dua penyokong Figueirense telah menceroboh padang dan meluru ke arah pemain tengah bertahan Brazil itu.

Salah seorang penceroboh itu berjaya sampai ke bangku simpanan pemain Avai namaun penjaga gol simpanan, Gledson telah menjatuhkan penceroboh itu.

Gledson telah satu jurus gerakan Judo dengan menahan pergerakan penceroboh padang itu dengan kaki sebelum menghempas ke tanah.

Tindakan Gledson menghalang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini antara penyokong dan pemain pasukannya.

Dengan tidak semena-semena Bruno Silva datang dengan garangnya dan melepaskan satu tendangan pemutus kepala.

Rembatan Bruno Silva itu juga telah terkena penjaga gol simpanan berusia 36 tahun itu. Tidak pasti Gledson ke penceroboh padang itu yang lebih sakit.

Gledson kemudian melindungi penceroboh itu dengan satu pelukan dan menghalau Bruno dari terus melakukan perkara yang lebih bodoh.

Bruno tidak berhenti disitu selepas dihalau dan sempat pula kaki penceroboh itu sebelum rakan-rakan sepasukan lain menghalau beliau pergi.

Menurut laporan selepas kejadian, Gledson terpaksa meletakkan ais di mukanya kerana menerima sepakan Bruno Silva di muka.

Polis Tentera telah hadir untuk mengawal kekecohan yang terjadi dan dua penceroboh padang itu telah dibawa ke balai polis.

Kejadian itu telah mencetus kekacauan dikalangan penyokong Figueirense yang nyata tidak berpuas hati.

Kerusi penonton telah dirosakkan dan perlawanan terpaksa dihentikan selama 21 minit.

Selepas perlawanan Bruno Silva menyatakan beliau tidak melakukan provokasi ke atas penyokong lawan dan hanya meraikan kemenangan.

“Aku tidak melakukan provokasi ke atas kau. Bola sepak ini ‘mimimi’. Aku hormati Figueirense. Aku hanya raikan kemenangan.”

Gol daripada Pedro Castro dan Jonathan Luiz memastikan kemenangan 2-0 Avai ke atas Figueirense.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.