Penamat Saingan Super Lig Musim Ini Dianggap Paling Dramatik Dalam Sejarah Bola Sepak Turki

Besiktas berjaya memenangi gelaran Super Lig menewaskan seteru mereka Galatasaray dengan kejayaan yang sungguh dramatis.

Besiktas menewaskan Galatasaray dengan kelebihan satu jaringan sahaja yang mereka perolehi ketika hari terakhir dalam saingan liga utama Turki musim ini.

Kesemua tiga pasukan gergasi dari kota Istanbul berpeluang untuk menjuarai saingan Super Lig musim ini menjelang aksi perlawanan terakhir dalam saingan liga.

Fenerbahce berada dua mata di belakang Besiktas dan Galatasaray yang berada di kedudukan pertama dalam saingan liga.

Menjelang aksi perlawanan terakhir dalam saingan liga musim ini, Besiktas dan Galatasaray mengumpul jumlah kutipan mata yang sama iaitu 81 mata.

Galatasaray sebenarnya sudah mendahului carta liga selepas 30 minit aksi permainan dalam perlawanan terakhir saingan liga musim ini dimulakan.

Mereka ketika itu mendahului Yeni Malattaspor dengan keputusan 2-1 sementara Besiktas pula sedang terikat 1-1 bertemu Goztepe.

Walau bagaimanapun, pada minit ke-69 permainan, Besiktas telah dihadiahkan sepakan penalti ketika bertemu Goztepe dengan pemain pinjaman dari Leicester City, Rachid Ghezzal berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Besiktas.

Ia bermaksud Galatasaray perlu menjaringkan gol lebih banyak untuk mengesahkan kejuaraan saingan liga musim ini selepas seteru, Besiktas turut mencatat kemenangan dalam perlawanan terakhir mereka.

Galatasaray berjaya menjaringkan satu lagi gol menerusi Oculgan Caglayan untuk mengesahkan kemenangan 3-1 menewaskan Yeni Malattaspor.

Namun selepas berakhirnya kesemua perlawanan terakhir musim ini, Galatasaray menamatkan saingan liga dengan mengumpul 84 mata dengan perbezaan +44 jaringan.

Sementara Besiktas pula mengumpul 84 mata dengan perbezaan +45 jaringan seterusnya mengesahkan kejuaraan saingan Super Lig dengan kelebihan satu gol mengatasi Galatasaray.

Ia merupakan kejayaan yang cukup dramatis dengan Besiktas sah dinobatkan sebagai Juara liga pada hari terakhir dengan kelebihan satu gol sahaja.

Hari terakhir yang sungguh mengujakan dengan kesemua tiga pasukan berpeluang untuk menjadi Juara, secara matematiknya Galatasaray dan Besiktas mengejar gol untuk ditabalkan Juara, sementara Fenerbahce pula perlu menunggu dua pasukan teratas terkandas dalam perlawanan terakhir mereka.

Walau bagaimanapun, sepakan penalti dari Ghezzal ditambah dengan gol pembukaan yang dijaringkan oleh bintang Croatia, Domagoj Vida sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan liga pertama Besiktas sejak 2017 yang lalu.

Pengakhiran yang boleh dianggap paling dramatis dalam sejarah bola sepak Turki dan akan terus dikenang oleh para peminat.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.