Setan Merah menewaskan Brighton dengan jaringan 3-2, hasil sepakan penalti minit ke-100.
Apa yang membuatkan ia agak kontroversi adalah kerana penalti tersebut diberikan selepas pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat.
Pakar penalti Setan Merah, Bruno Fernandes tanpa segan silu kemudiannya menyempurnakan sepakan tersebut untuk memberikan kemenangan pertama kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada musim ini.
Man United were awarded a penalty AFTER the FT whistle and Bruno Fernandes won it for them in the 100th minute! 🤯 pic.twitter.com/uWDggklYfk
— ESPN FC (@ESPNFC) September 26, 2020
Keseluruhan situasi sebenarnya sangat sukar sekali. Setan Merah sudah jelas sekali lagi terciduk selepas bolos pada minit ke-35 untuk gol penyamaan dari Brighton.
Realitinya, skuad kendalian Graham Potter juga layak sekurang-kurangnya untuk meraih 1 mata menentang skuad Setan Merah yang hambar hampir keseluruhan perlawanan – kecuali gol Marcus Rashford yang padu.
Selepas pengadil perlawanan Chris Kavanagh meniupkan wisel penamay, beliau diarahkan oleh VAR untuk menyemak kembali rakaman kemungkinan Neal Maupay telah menampan bola pada detik-detik terakhir perlawanan.
95th minute: Solly March makes it 2-2
100th minute: Bruno Fernandes scores the winning penalty for Manchester UnitedStoppage time was wild. 🔥 pic.twitter.com/uIkg0gK16T
— B/R Football (@brfootball) September 26, 2020
Ia amat jelas sekali insiden tersebut berlaku, dan selepas melakukan semakan di monitor yang tersedia di kawasan teknikal, Kavanagh memberikan penalti kepada Setan Merah.
Dalam situasi tersebut, penyokong Seagull pasti akan mempersoalkan mengapa penalti diberikan selepas wisel penamat ditiup. Ini sebabnya.
Menurut penjelasan oleh GOAL, Setan Merah layak diberikan sepakan penalti kerana insiden bola terkena tangan berlaku sebelum pengadil meniupkan wisel tamat perlawanan.
Disebabkan insiden berlaku pada detik-detik terakhir, ia pasti memakan masa untuk VAR melakukan semakan sebelum memaklumkan kepada pengadil.
CORRECT DECISION: Can you give a pen on var after the ref has blown the final whistle?
"Yep. If an offence is spotted by the VAR the penalty will be taken as the last kick of the game.' pic.twitter.com/iGRkJt7uiU
— Enock Kobina Essel Niccolò Makaveli (@EnockKobina39) September 26, 2020
Menurut International Football Association Board (IFAB), tidak ada had masa diberikan untuk melakukan semakan terhadap insiden.
“Tidak ada had masa untuk melakukan semakan kerana ketepatan adalah lebih penting dari masa,” ujar peraturan yang ditulis oleh IFAB.
“Proses semakan harus diselesaikan secepat mungkin, tetapi ketepatan keputusan akhir lebih penting daripada kepantasan keputusan dibuat.”
Walaupun benar peraturan oleh IFAB berkata demikian, dan keputusan pengadil adalah tepat dalam memberi Setan Merah penalti pada kali ini, ia pasti akan dikenang sebagai yang pertama seumpamanya di dalam dunia bola sepak.