Penalti Fernandes Buat Remaja Yang Memegang Rekod 280 Win Streak Dan Juara FUT Menangis

Remaja berusia 14 tahun dengan rekod tanpa kalah 280 perlawanan & Juara FUT akhirnya tewas kerana sepakan penalti Bruno Fernandes

Kebanyakkan pemain yang pernah bertemu United dalam dunia bola sepak sebenar pastinya tahu bagaimana sakitnya perasaan Anders Vejrgang pada ketika ini.

Remaja berasal dari Denmark itu hampir menitiskan air mata selepas rekod kemenangan beliau dileburkan oleh sepakan penalti dari Bruno Fernandes.

Fernandes yang dianggap pakar sepakan penalti di dunia nyata, terbukti sama pakar di dalam permainan video.

Dalam penentuan sepakan penalti, pengambil sepakan penalti yang kelima pasukan lawan adalah Fernandes, dan sepakan itu berjaya disempurnakan lalu meleburkan rekod kemenangan milik Anders Vejrgang.

Pemain FIFA untuk pasukan RB Leipzig yang kebiasaannya melakukan streams untuk 55,000 pengikut di laman Twitch miliknya, Anders telah mencipta rekod yang luar biasa dalam permainan ini.

Anders Vejrgang bukan hanya bermain dalam mode biasa dalam permainan FUT Champions itu, beliau sering bermain dalam mode paling sukar.

Beliau berjaya mencuri perhatian media selepas catatan hebatnya dalam permainan FIFA itu selepas mencatatkan rekod 200 kemenangan secara berturut-turut awal bulan lalu.

Bahkan, ketika bertemu pasukan hebat yang dibarisi pemain seperti Cristiano Ronaldo, Ronaldo, Neymar, Zinedine Zidane dan Kylian Mbappe, beliau tetap mampu untuk mengekalkan rekod kemenangannya itu.

Ianya merupakan satu pencapaian yang sungguh hebat dan menakjubkan untuk seorang remaja berusia 14 tahun sepertinya.

Namun, beliau akhirnya tertewas juga dan sedihnya lagi, beliau tewas dengan cara yang sungguh sukar untuk diterima olehnya.

Kedudukan dalam aksi penentuan sepakan penalti pada ketika itu terikat dengan keputusan 3-3, namun bintang United itu berjaya menjaringkan gol kelima dan seterusnya memastikan rekod kemenangan berturut-turut Anders lebur.

Vejrgang kelihatan bingung melihat Fernandes begitu pantas mengambil sepakan penalti itu dan ianya jarang berlaku dalam permainan FIFA sebelum ini.

Setidak-tidaknya FIFA 21 menunjukkan sisi dunia bola sepak sebenar dengan Fernandes yang sememangnya banyak kali mematahkan hati lawan beliau dengan kehandalannya menyempurnakan sepakan penalti.

Pemain kebangsaan Portugal itu setakat ini cemerlang menjaringkan 12 gol menerusi sepakan penalti untuk setan merah sejak ditandatangani dengan nilai £47 juta penghujung Januari lalu.

Semoga Anders Vejrgang segera bangkit dari kekecewaan itu kerana beliau tewas kepada individu yang sememangnya hebat baik dalam permainan mahupun di dunia nyata.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.