Penaja Santos Menarik Diri Ekoran Dari Kembalinya Robinho Kerana Menghormati Pelanggan Wanita Mereka

Penaja jersi Santos telah membatalkan perjanjian tajaan mereka dengan kelab selepas bekas pemain, Robinho kembali menyertai kelab itu.

Tujuan utama mereka membatalkan perjanjian tajaan tersebut selepas kepulangan Robinho adalah kerana mahu menghormati pelanggan wanita mereka.

Pemain Brazil itu telah menyertai Santos buat kali ke-3 selepas meninggalkan kelab Turki, Istanbul Basaksehir penghujung musim lalu.

Namun kembalinya pemain berusia 36 tahun itu ke pangkuan kelab lamanya menyebabkan dentistry firm Orthopride memutuskan hubungan dengan Santos.

Hal ini kerana Orthopride memandang serius isu pertuduhan memperkosa yang dihadapi oleh Robinho pada tahun 2017 yang lalu.

Robinho telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun oleh mahkamah Itali atas kesalahan beliau terlibat dalam kumpulan yang memperkosa seorang wanita Albanian pada tahun 2013.

Ketua pegawai operasi Orthopride, Richard Adam menjelaskan kepada Globo Esporte:

“Kami sangat menghormati dan menghargai sejarah Santos. Tetapi di waktu ini, kami harus memutuskan untuk menamatkan perjanjian penajaan antara kami dengan Santos.”

“Kebanyakkan pelanggan kami adalah kaum wanita dan kerana menghormati wanita yang membeli product kami, jadi kami harus melakukan keputusan tersebut.”

“Kami mahu menjelaskan semuanya bahawa kami sebelum ini tidak diberitahu tentang penandatanganan Robinho. Kami sendiri sangat terkejut dengan berita tentang beliau pada hujung minggu lalu.”

Bekas bintang Real Madrid itu kini sedang mengadili pertuduhan beliau yang mana Robinho tidak pernah sama sekali di penjarakan sejak dari pertuduhan pertama dibaca.

Robinho telah menandatangani perjanjian selama lima bulan bersama Santos dan telah bersetuju untuk menerima bayaran gaji paling minimun untuknya.

Menurut sumber laporan sama, pendapatan beliau bersama Santos hanyalah sekitar £207 sahaja untuk setiap bulan.

Ini bermaksud beliau hanya menerima £50 sahaja seminggu dan ianya jauh lebih rendah berbanding £160,000 yang pernah beliau terima ketika menyertai Manchester City pada tahun 2008 lalu.

Robinho menyertai Manchester City ketika itu dengan nilai perpindahan bernilai £32.5 juta dari Real Madrid.

Walaupun urusan perjanjian itu dibelenggu kontroversi, president Santos, Orlando Rollo dengan tegas telah mempertahankan pemain sayap itu dan turut menekankan bahawa kelab sekeras-kerasnya menentang keganasan terhadap kaum wanita.

Beliau dalam kenyataannya telah menyatakan:

“Dari maklumat yang saya terima, ianya tiada keputusan muktamad dari badan kehakiman Itali.”

“Siasatan dan segalanya sedang berjalan, dan akan didengar dari keadaan lain.”

“Santos sejak dari dahulu lagi sering menentang segala jenis kekerasan, terutama kekerasan terhadap kaum wanita dan kami akan terus berpegang pada itu.”

Dan menurut kenyataan dari peguam Robinho, bekas bintang Brazil itu masih lagi belum dinyatakan bersalah buat ketika ini, dan hal seperti ini tidak seharusnya berlaku.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.