Apa lagi berita yang anda harapkan lebih baik daripada ini? Jika anda peminat setia Setan Merah.
Manchester United dilaporkan sedang dalam proses melengkapkan perpindahan Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon.
Sporting Lisbon dilaporkan sangat perlukan wang ketika ini. Dan mereka mendengar tawaran daripada Man United untuk pemain tengah terbaik mereka itu.
Pemain tengah berkualiti tinggi itu sebelum ini hampir menyertai United namun rundingan pada saat akhir telah gagal kerana permintaan harga yang tinggi.
Kali ini, United datang lagi untuk mendapatkan Bruno Fernandes. Malah kelibat pemain itu dilihat berada di perkarangan Manchester United.
Berita ini menjadi perhatian seluruh dunia, kerana United jelas sekali perlukan pemain ini untuk bangkit.
Bruno Fernandes merupakan pemain kebangsaan Portugal yang menjadi rebutan banyak pasukan di seluruh dunia termasuk Real Madrid.
Malah lebih menarik lagi apabila agent kepada pemain itu telah mengetik like pada tweet oleh legenda Manchester United, Rio Ferdinand yang menjerit: Brunoooo!
Bruno Fernandes’ agent has liked Rio Ferdinand’s tweet 👀 pic.twitter.com/6nXKCpDgRI
— Therese 🇳🇴 (@ThereseUTD) January 10, 2020
Ramai peminat Man United meminta agar Ed Woodward kali ini tidak merosakkan rundingan ini seperti mana yang berlaku kepada Erling Brau Haaland.
Ada yang sudah membuat video khas mengalu alukan kedatangan Bruno Fernandes ke dalam pasukan mereka.
Bruno Fernandes ternyata pemain yang mencetak statistik yang luar biasa.
Bruno Fernandes stats this season:
Games: 24
Goals: 13
Assists: 13
26 G/ABruno Fernandes last season:
Games: 53
Goals: 32
Assists: 18
50 G/ASome unbelievable statistics from Bruno, welcome to Manchester United 🤝 pic.twitter.com/TWggRObBgs
— ً (@Sarrista__) January 10, 2020
Keterujaan penyokong Man United kembali lagi untuk mendengar berita perpindahan seperti ini.
If you think I’ll believe the rumours of Bruno Fernandes joining @ManUtd then you’re absolutely right 😂😂 #mufc
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 10, 2020
Malah ada yang mendakwa ini adalah pemain yang mereka sangat perlukan untuk memperbaiki kualiti pasukan mereka terutama sekali di posisi no.10.
Bruno Fernandes at Manchester United would be an unbelievable upgrade on our current midfielders. The #10 we’ve been looking for. pic.twitter.com/8eAfBXjaT1
— Devils of United 🔰 (@DevilsOfUnited) January 10, 2020
Bruno Fernandes dijangka akan melengkapkan perpindahan beliau sebelum perpindahan Januari berakhir.
Perpindahan itu dijangka akan memakan kos yang tinggi. Namun United sudah sedia untuk berbelanja demi mendapatkan Bruno Fernandes ke Old Trafford.
Diramalkan keseluruhan bayaran yang akan diterima oleh Sporting Lisbon adalah sekitar £65 juta untuk pemain ini.
BREAKING: Bruno Fernandes is very close to joining Manchester United in a deal worth up to €70m.#KobbyKyeiSportsNews pic.twitter.com/92wJA7Ihnp
— KOBBY KYEI SPORTS NEWS (@KobbyKyeiSports) January 10, 2020
United sebelum ini dikaitkan dengan James Madisson. Namun tawaran mereka tidak diendahkan Leicester selepas United memasukkan Jesse Lingard dengan tawaran wang £45 juta.
United merasakan harga Lingard sekitar £40 juta pada ketika ini.
Ole Gunnar Solskjaer sangat perlu untuk memperbaiki prestasi Man United ketika ini yang agak hambar di atas padang.
Namun Ole tetap tidak pernah putus harapan untuk mengejar slot 4 teratas bersama dengan pasukan Man United musim ini.
Manchester United kini berada di tangga keenam dalam carta liga. Mereka dibezakan hanya 5 mata daripada Chelsea yang berada di tangga keempat pada ketika ini.
Manchester United mahu bangkit daripada kekalahan dalam perlawanan derbi berhadapan dengan Manchester City.
Jadi, selamat datang ke Manchester United Bruno Fernandes. Anda ternyata pemain yang sangat diperlukan dan sesuai dengan Manchester United, kecuali anda tak jadi datang barulah sebaliknya yang berlaku.