Telah diumumkan pada petang kemarin bahawa Steven Gerrard merupakan legenda terbaru yang dicalonkan sebagai ahli dewan kemasyuran Premier League tahun ini.
Berita tersebut tentunya disambut dengan penuh kegembiraan oleh para penyokong Liverpool, tetapi sama sekali tidak untuk penyokong Manchester United.
Timbul perdebatan yang hangat di media sosial sebaik nama Gerrard diumumkan sebagai ahli dewan kemasyuran Premier League yang terbaru.
Liverpool legend Steven Gerrard is the latest player inducted into the Premier League Hall of Fame 🔴
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 20, 2021
Bekas pemain kebangsaan England yang telah membuat 504 penampilan dalam saingan premier league itu berjaya menjaringkan 120 gol sepanjang kariernya.
Beliau merupakan pemain Liverpool pertama yang mendapat tempat dalam jemaah ahli dewan kemasyuran Premier League yang baru sahaja dilancarkan pada tahun ini.
Ekoran dari jumlah undian keseluruhan yang beliau miliki dari para penyokong dan panel khas Premier League, dari 23 senarai pendek, Gerrard telah menyertai barisan legenda seperti Thierry Henry, Alan Shearer, Eric Cantona, Roy Keane, Dennis Bergkamp dan Frank Lampard sebagai HOF 2021.
Passionate and committed, Red through-and-through, and a midfielder who perfected the art of the long-range strike
🔴 Steven Gerrard is inducted to the #PLHallOfFame pic.twitter.com/cIwUwyrP56
— Premier League (@premierleague) May 20, 2021
• PFA POTY
• PFA YPOTY
• Most PFA TOTY apps
• More individual awards/achievements than any other PL midfieldersSteven Gerrard becomes the latest player to be inducted into the PL Hall of Fame. Well & truly deserved 👏 pic.twitter.com/t4Ff4PbHux
— • (@The_Gerrard_Era) May 20, 2021
Tidak diragukan Gerrard telah banyak menyumbang dalam pertandingan ini sejak debutnya ketika berusia 18 tahun pada November 1998.
Beliau berjaya mencipta sejarah dengan mencatatkan rekod yang agak membanggakan dari segi jumlah gol dan assists yang dicatatkan olehnya dalam sejarah saingan premier league.
Sebagai tambahan kepada rekod jaringannya yang cemerlang, pengaruh pemain midfield turut terbukti dengan kenyataan yang beliau pernah menang enam kali anugerah pemain terbaik bulanan premier league.
Walau bagaimanapun, para penyokong Man Utd sedikit koyak memikirkan Gerrard dicalonkan terlebih dahulu berbanding Paul Scholes yang pernah memenangi 11 kali gelaran premier league sepanjang kariernya.
Ia merupakan rekod terbaik berbanding mana-mana pemain Inggeris yang lain dengan rekod gila yang dicatatkan oleh Paul Scholes sepanjang 19 tahun kariernya di Old Trafford.
Steven Gerrard, Premier League Hall of Fame'e seçildi.
LEGEND 👑 pic.twitter.com/yxNQD8GUtt
— Gamzenur⚽ (@gamzelovic) May 20, 2021
Nama Scholes bahkan trending di laman twitter ketika Gerrard diumumkan sebagai Hall Of Fame dengan para peminat menganggap Premier League sebenarnya buat lawak.
Para peminat United bertekan menuntut bela dan menentang keputusan Premier League menamakan Gerrard sebelum legenda mereka, Scholes dicalonkan.
Berikut merupakan komen-komen tidak puas hati para penyokong yang merasakan tidak adil untuk Scholes selepas premier league memilih Gerrard terlebih dahulu ke dalam senarai Hall Of Fame.
Gerrard was a top top player but including a player that never won the PL in HOF before the likes of John Terry, Giggs, Scholes, Rio or Wayne Rooney is a pure joke
— Ivailo 🔴 (@kentavuraa) May 20, 2021
Lampard and Gerrard inducted into to the PL hall of fame before Paul Scholes?! 🤔 Both greats absolutely, but not in Scholesy’s league. He was a little genius. Top of the class.
— Alan Tonge 🐝💙 (@Alan_Tonge) May 20, 2021
Paul Scholes 11 premier leagues, Steven Gerrard 0! I know that it’s more than titles that count when deciding the premier league hall of fame but come on how’s that happened? 🤦🏼♂️😂 becoming laughable now
— Ricky Harford (@Ch1ppyR1ck) May 20, 2021
People who are saying
‘but Steven Gerrard never won the league’I believe this is about the best players of all time in the league.
He is one of those https://t.co/qTbWBanNvX
— Peter Crouch (@petercrouch) May 20, 2021
Him getting in before 11 time winner Paul Scholes is embarrassing 😭
— Trey (@UTDTrey) May 20, 2021
“Dia tak pernah menang premier league pun, macam mana dia boleh dicalonkan sebelum Scholes? Scholes ada 11 Piala liga berbanding dia.”
“Gerrard lebih layak berbanding Scholes? Ini lawak paling kelakar tahun 2021. Dia pegang Piala premier league pun tak pernah.”
“Dia dipilih dari segi apa? Sebab dia menang Piala dengan Rangers dekat liga Scotland ke? Dia tak beri sumbangan pada premier league pun.”
Penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea, Frank Lampard yang telah menjaringkan 177 gol dari 609 penampilan dalam saingan premier league bersama West Ham, Manchester City dan The Blues telah dinamakan sebagai HOF pada minggu lalu.
Congratulations to former England players, Frank Lampard and Steven Gerrard who have been inducted into the @premierleague Hall of Fame 👏🏻 pic.twitter.com/Yi9m6M24yO
— England Football Fans (@EnglidsAway) May 20, 2021
Mungkinkah selepas ini giliran Scholes seperti yang diharapkan oleh para penyokong? Bincangkan di ruangan komen.