Peminat Teruja Melihat Burj Khalifa Diterangi Cahaya Keraian Rangers

Rangers meraikan kejayaan mereka menjulang Scottish Premiership dengan sekumpulan penyokong berusaha menyediakan pertunjukan cahaya yang luar biasa indah di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, Dubai.

Skuad kendalian Steven Gerrard mengesahkan kejuaraan mereka pada Mac lalu, dan telah mengakhiri saingan musim ini dengan rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Selepas kejayaan membelasah Aberdeen 4-0 hujung minggu lalu, Rangers sah menamatkan aksi saingan liga musim ini dengan rekod tanpa kalah.

Sekumpulan penyokong Rangers yang berpangkalan di UAE telah menunjukkan penghargaan mereka ke atas kejayaan kelab memenangi gelaran liga yang ke-55 dengan mengaturkan pertunjukan cahaya pada malam semalam.

Bangunan setinggi 2,717 kaki itu telah dihiasi dengan lampu-lampu yang bertemakan logo kelab beserta alunan muzik yang sangat menarik.

Video tersebut telah dikongsi di laman media sosial milik kelab dengan mereka sendiri turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang menyediakan pameran tersebut.

Pameran tersebut mempamerkan video pendek berkait keraian pemain, logo kelab, kiraan sehingga 55 (simbolik kejuaraan ke-55) beserta gambar Gerrard sebagai tanda terima kasih.

Pameran tersebut bermula pada jam 5.55pm waktu UK, dan mungkin ketika ia berlangsung, para penyokong Celtic yang berada di Dubai tentunya berkurung di rumah dan mengelak untuk melihat keraian musuh utama mereka itu.

Skuad kendalian Steven Gerrard hanya mencatatkan enam keputusan seri dari 38 perlawanan dan menang kesemua baki 32 perlawanan dengan mengumpul 102 mata.

Ketua pasukan, James Tavernier memenangi anugerah pemain terbaik tahunan Scotland, dan beliau telah menjulang kejuaraan liga pada malam kemarin.

Kejayaan Rangers ini seterusnya berjaya mengakhiri dominasi sembilan tahun Celtic muncul Juara saingan Scottish Premiership secara berturut-turut sebelum ini.

24 jam selepas Rangers mengangkat Piala kejuaraan, peminat di Dubai segera mengadakan pameran cahaya tersebut di salah sebuah bangunan tertinggi di dunia.

Burj Khalifa pada tahun 2009 telah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi dunia mengatasi The Taipei 101.

Dengan mempunyai 160 tingkat, bangunan tersebut mempunyai ketinggian lebih dari 800m. Ia juga merupakan tarikan utama para pengunjung yang mengunjungi UAE.

Ia merupakan satu keraian yang sungguh cantik dan menakjubkan dari para peminat Rangers yang berada di luar Scotland.

Video tersebut mulai tular di media sosial dengan peminat bola sepak seluruh dunia turut kagum melihat keindahan pameran lampu tersebut.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.