Peminat Norwich Gembira Melihat Pukki Terus Meledak

Penyokong Norwich City ternyata gembira dengan prestasi cemerlang Teemu Pukki dalam kempen EPL pada musim ini.

Nama Pukki sememangnya menjadi sandaran utama Norwich selepas menjadi nadi penting pasukan tersebut musim lalu di Championship.

Teemu Pukki merupakan Pemain Terbaik Tahunan EFL 2018/19. Beliau juga pemenang kasuh emas liga Championship musim lalu.

Buat masa ini, Pukki sedang mendahului carta penjaring gol EPL dengan 5 gol daripada 3 perlawanan.

Pukki menyumbang 1 gol dan 1 Assist dalam aksi menentang Chelsea. Meskipun tewas 3-2, Pukki ternyata menunjukkan aksi cemerlang beliau.

Bahkan ada yang menggelarkan Pukki adalah Messi Finland.

Di dalam Liga Fantasi Liga Perdana Inggeris. Seramai lebih 1.3 juta pengurus fantasi memasukkan Pukki ke dalam fantasi mereka. Itu sudah cukup membuktikan impak pemain ini pada awal musim ini.

Bukan sahaja peminat Norwich, malah peminat EPL yang lain turut menyatakan mereka teruja melihat aksi Teemu Pukki setakat ini.

Pemain kebangsaaan Finland ini setakat ini sudah menjaringkan lebih banyak gol berhadapan dengan big 6 berbanding dengan Lukaku, di dalam kariernya.

Persoalannya kini, adakah Teemu Pukki akan terus cemerlang? Dan berapa agaknya gol yang akan beliau ledak musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.