Peminat Mengecam Pogba Kerana Memberi Alasan Dungu Selepas Menghadiahkan Penalti Kepada Arsenal

Para peminat setan merah mengecam dan mengkritik Paul Pogba kerana alasan dungu yang diberikannya selepas beliau menjatuhkan Hector Bellerin dalam kotak penalti United.

Paul Pogba memberi alasan bahawa beliau sudah kehabisan nafas kerana banyak berlari sebelumnya dan kerana itulah membuatkan beliau melakukan kesalahan tersebut.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu telah menjadi punca kepada tiga penalti dalam saingan liga dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Apa yang menariknya, tiada seorang pon pemain dari skuad setan merah sekarang yang menyebabkan United berhadapan dengan penalti lebih dari sekali.

Hasil dari sepakan penalti tersebut, Pierre Emerick Aubameyang tenang menyempurnakannya dan memastikan kemenangan berpihak kepada Arsenal.

Arsenal berjaya menewaskan United dengan keputusan 1-0 hasil dari sepakan penalti yang mereka terima pada babak kedua permainan itu.

Bellerin ketika itu membawa bola kedalam kotak penalti United dan Pogba pula sedang dalam usaha untuk mengejarnya dari belakang.

Dengan tidak dijangka, Paul Pogba telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal selepas menjatuhkan Hector Bellerin yang skema dalam situasi yang tidak berbahaya dan tidak perlukan terjahan.

Selepas melihat Bellerin tersembam, pengadil perlawanan Mike Dean terus meniupkan wisel memberikan sepakan penalti kepada Arsenal meninggalkan Pogba tepuk dahi memikirkan kesilapan dungunya itu.

VAR turut menilai semula keputusan pengadil sebelum Pierre Emerick Aubameyang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk jaringan kemenangan The Gunners.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, Paul Pogba telah bercakap kepada BBC dan menyatakan:

“Saya memberikan kesilapan mudah seperti ini dan ianya menyebabkan kami ketinggalan hari ini. Saya bukanlah yang terbaik ketika bertahan dalam kotak penalti dan saya akan cuba perbaikinya dan melakukannya dengan lebih baik.”

“Kita semua tahu ianya persembahan yang buruk. Diri saya sendiri, saya tidak sepatutnya melakukan kesilapan begini. Saya fikir saya akan menyentuh bola tapi sebenarnya tidak. Ianya menyebabkan kami bolos kerana penalti itu.”

Para peminat mengecam Pogba kerana tindakan beliau membuat keputusan terburu-buru untuk situasi tidak berbahaya seperti itu.

“Dan masih ramai lagi pertahankan kononnya dia pemain bertaraf dunia. Pemain bertaraf dunia akan mengekalkan persembahan terbaik. Tapi tidak untuk dia.”

“Tolonglah jual saja pemain tak berguna itu.”

Begitulah antara komen-komen yang telah ditapis dari para peminat United yang tidak berpuas hati dengan aksi dan alasan Pogba selepas menghadiahkan Arsenal sepakan penalti dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

United kini berada di kedudukan ke-15 dalam saingan liga dan ianya jelas permulaan yang tidak diinginkan oleh para peminat.

Para peminat setan merah turut memberi cadangan supaya United tidak menurunkan Pogba sebagai kesebelasan utama untuk setan merah ketika bertemu Everton nanti.

“Pogba adalah sampah yang sempurna. Dia tidak seharusnya diturunkan dalam perlawanan menentang Everton nanti.”

“Dia sangat sangat mengecewakan. United tidak akan pernah mencapai apa-apa kejayaan selagi mana dia dengan Ole masih ada dalam kelab.”

Sepanjang musim ini, United masih lagi belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam saingan liga dihalaman mereka sendiri.

Selepas kekalahan kepada Crystal Palace dan dibelasah teruk oleh Tottenham Hotspur, United hanya sekadar berjaya mencatatkan keputusan seri sahaja ketika bertemu Chelsea sebelum ini.

Terbaru, United sekali lagi gagal mencatatkan kemenangan di halaman mereka sendiri selepas tewas 0-1 kepada Arsenal awal pagi tadi.

United selepas ini bakal berdepan dengan Everton dalam perlawanan liga dan perlawanan tersebut menentukan harapan untuk setan merah merebut kembali kedudukan empat teratas sebelum musim ini berakhir.

Peminat setan merah sebelum ini sudah kembali bersemangat dan kembali meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Ole selepas berjaya membelasah RB Leipzig 5-0 dalam saingan liga Juara-juara minggu lalu.

Namun kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila Manchester United tewas di halaman sendiri kepada Arsenal dalam perlawanan liga awal pagi tadi.

Kali terakhir Arsenal berjaya menewaskan Manchester United di Old Trafford adalah pada September 2006 dan hari ini selepas 14 tahun berlalu, the gunners akhirnya berjaya melakukannya sekali lagi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.