Odion Ighalo merupakan pemain terbaru yang diikat oleh Manchester United pada jendela perpindahan Januari bagi menguatkan bahagian serangan yang sendu.
Bruno Fernandes yang akhirnya menjadi Setan Merah telah pun membuat penampilan pertama sebelum liga berehat sementara.
Ighalo bukanlah satu pembelian tetapi merupakan satu pinjaman dari kelab liga Super China, Shanghai Shenhua.
My visit to Old Trafford back in 2013 as fan and now I will be playing in Old Trafford😊 God is the greatest 🙏🏾 pic.twitter.com/BDW6v2Cxm8
— Odion Jude Ighalo (@ighalojude) February 5, 2020
Pemain berusia 30 tahun ini merupakan peminat Manchester United dan peluang bermain bersama Manchester United seperti impian menjadi kenyataan.
Ighalo pernah membuat kunjungan ke Old Trafford pada tahun 2013 dan tujuh tahun selepas itu beliau akan bermain disitu.
Untuk bersama Setan Merah, Ighalo terpaksa menikmati potongan gaji kerana apa yang dibayar Setan Merah tidak setinggi bersama Shanghai Shenhua.
“Ejen aku kabor, gaji kau akan dipotong kalau ke United. Aku balas. Ada aku kesah? Mak kau nazak ke? Pastikan perjanjian ini jadi. Aku tak kisah berapa banyak kena potong.”
📹 Odion Ighalo on how he got the Man Utd loan move over the line last Friday. Dramatic.
“My agent said, ‘You’re going to get a pay cut to go to United’. I said ‘I don’t care. Make this deal happen. I don’t care how much is the pay cut.”
Full interview: https://t.co/kvjabnsOw3 pic.twitter.com/zTJfFcrSWo
— Soar Super Eagles (@SSE_NGA) February 5, 2020
Ighalo telah dirakam sedang menjalani latihan secara peribadi sementara Winter Break masih lagi berkumandang untuk tempoh dua minggu ini.
Sejurus selepas rakaman video Ighalo dimuat naik ke laman Twitter menjelang kem latihan cuaca suam-suam kuku harapan mula tampak dari peminat Manchester United.
Mereka berharap Ighalo akan berjaya dalam tempoh pinjamannya dapat dapat menghasilkan sesuatu melihat kesenduan jentera serangan Setan Merah.
Odion Ighalo putting in that graft ahead of the warm-weather training camp next week 💪 pic.twitter.com/A802a2b9m2
— utdreport (@utdreport) February 5, 2020
Dalam video itu, Ighalo dilihat sedang menjalani latihan untuk mengekalkan pengusaan bola untuk terus kekal di kaki tanpa dirampas lawan.
Aksi Ighalo dalam latihan itu nyata berjaya menahan bola daripada dirampas.
Mereka gembira kini mempunyai penyerang yang mampu menahan bola(hold the ball) dan perkara ini tiada pada Anthony Martial yang berwajah tanpa perasaan itu.
Kata-kata positif terus dihambur kepada pemain penyerang itu kerana memberi mereka harapan ketika ketiadaan Marcus Rashford.
— Odion Jude Ighalo (@ighalojude) February 4, 2020
Pemain Nigeria itu akan memakai jersi bernombor 25, nombor yang pernah dipakai oleh bekas ketua pasukan Setan Merah, Antonio Valencia.
Ighalo memulakan karier profesional di Nigeria bersama kelab Prime dan Julius Berger sebelum bersama Lyn di Norway pada 2007.
Setahun kemudian Ighalo menyertai Udinese kemudian bersama Cesena dan Watford di Premier League.
📸 Boyhood Manchester United Fan Odion Ighalo in his teenage days somewhere in Lagos with some friends
DREAMS COME TRUE 🙏🏽 pic.twitter.com/vz8BpZy2QP
— Football Fans Tribe 🇳🇬 ⚽ (@FansTribeHQ) January 31, 2020
Di Vicarage Road, Ighalo telah menjaringkan 40 gol dalam 100 penampilan dalam semua kejohanan.
Pada 2017, Ighalo menyertai kelab China Changchun Yatai dan menyertai Shanghai Shenua pada 2019.
Ighalo menjaringkan 131 gol dalam 322 sepanjang karirnya di kelab. Bersama Nigeria pula Ighalo telah mempunyai 35 cap dengan16 gol.