Peminat Mahu Liverpool Ikat Gerrard Supaya Boleh Menjulang Trofi EPL

Terdapat segolongan peminat yang mahukan Liverpool mengikat kembali lagenda mereka, Steven Gerrard sebagai pemain bagi membolehkan bekas ketua pasukan itu menjulang trofi Premier League.

Liverpool kini hanya memerlukan enam kemenangan lagi daripada 13 perlawnanan yang berbaki untuk mengesahkan gelaran pertama dalam tempoh 30 tahun.

Kekalahan Manchester City kepada Tottenham Hotspur membuatkan Liverpool selesa dengan kelebihan 22 mata gayat di puncak Premier League.

Secara logik akalnya, tiada apa lagi yang mampu menyekat Liverpool untuk bergelar juara dan peredaran masa semakin membawa Liverpool ke arah itu.

Potensi Liverpool untuk mengesahkan kejuaraan ketika menentang Everton atau Manchester City dalam minggu yang mendatang.

Secara rasminya, Liverpool akan berpeluang menjulang trofi keagungan Inggeris itu pada 9 May di Anfield dalam perlawanan menentang Chelsea.

Jordan Henderson selaku ketua pasukan Liverpool ketika ini akan diberi penghormatan untuk mengetuai majlis julangan piala.

Namun terdapat peminat Liverpool yang mahukan Steven Gerrard kembali dan meninggalkan kedudukannya kini sebagai pengurus Rangers.

Dengan memenuhi syarat bermain 5 perlawanan minima maka Gerrard akan layak mendapat pingat kejuaraan.

Jika bekas ketua pasukan Liverpool itu dilantik menjadi ketua menggantikan Henderson pasukan maka Gerrard akan menjulang piala.

Bunyi macam bodoh bukan tapi itulah impian segolongan peminat Liverpool yang masih bersandar pada kenangan. Apa kau nak harap dengan peminat Liverpool?

Perkara biasa bagi pasukan yang bakal bergelar juara yang bukan lagi satu harapan tetapi kenyataan.

Terdapat juga golongan penyokong Liverpool yang mula mendabik dada sesama sendiri bahawa merekalah peminat paling sejati dan agung.

Mereka mula bercerita tentang sejak bila mereka mula menyokong Liverpool dan membuktikan mereka yang paling otai bukan sejak 2019.

Apa yang dilakukan oleh penyokong Liverpool ini normal, pasukan kau sokong dah jadi juara Eropah lepas tu tunggu masa je nak jadi juara Premier League.

Tetapi apa yang pelik dan bangang apabila penyokong Asenal dengan tiba-tiba menyokong kejayaan Liverpool dan memperlekehkan pasukan Manchester United.

Peminat Arsenal ini mungkin berfantasi bahawa Arsenalah pasukan dan musuh utama Liverpool sejak turun-temurun. Gilakan penyokong Arsenal?

Gerrard sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa lukanya yang tergelincir sehingga Liverpool gagal bergelar juara akan sembuh jika Liverpool menangan Premier League.

Gerrard Akui Luka Tergelincir Akan Sembuh Jika Liverpool Menang EPL

Lagenda Liverpool, Steven Gerrard mengakui bahawa luka yang mendalam ketika tergelincir menentang Chelsea akan sembuh jika Liverpool menang dan menjulang kejuaraaan Premier League.

Putus cinta itu sakit, tapi lebih sakit bila putus tapi masih cinta begitulah luka dari gelinciran Gerrard yang sangat menyakitkan namun lebih sakit apabila luka itu tidak pernah sembuh.

Seperti penyokong Liverpool yang lain, Steven Gerrard sudah pasti mahu melihat Liverpool menjuarai gelaran Premier League musim ini.

Gerrard akui melihat Liverpool menjulang kejuaraan tidak akan pernah menutup fikirannya daripada mengingati kisah gelinciran penuh epik itu.

Kisah Gelinciran Gerrard

Musim 2013/14 merupakan kali terakhir Liverpool begitu hampir untuk menjulang Premier League. Tetapi insiden gelinciran Gerrard menjadi igauan ngeri di mana gelaran juara tergelincir sama.

Gerrard hampir-hampir berjaya menamatkan badi kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Liverpool.

Namun malangnya insiden slip beliau pada 27 April 2014 membolehkan Demba Ba menjaringkan gol pertama menyebabkan Liverpool kehilangan kejuaraan kepada Manchester City.

blank
Luka yang terus berdarah!

Pada masa ketika itu, rata-rata penyokong Liverpool telah menyanyikan lagu-lagu gembira seolah-olah kejuaraan Liga Perdana Inggeris telah berada dalam genggaman mereka.

Ketika ini penyokong Liverpool mula menyanyi ‘We’re gonna win the league’. Sehinggalh ini semua terjadi.

Tewas kepada Chelsea kemudian seri dengan Crystal Palace walaupun mendahului 3-0 pada minit ke-78.

Inilah peristiwa yang menghalang Liverpool dari menjuarai liga. Gelinciran Gerrard dan ada menamakan peristiwa ini Demba Ba Day.

Sedih lagi meruntun hati bukan? Dan laungan keramat ‘this is our year’ berterusan ke hari ini.

Liverpool Juara Premier League Gerrard Sembuh

Dalam rancangan temubual The Greatest Game with Jamie Carragher, Gerrard telah meluahkan betapa dia mahu melihat Liverpool menjulang Premier League bagi menyembuhkan luka dihati.

“Aku memikirkan perkara ini hampir setiap hari, Liverpool memenangi liga pasti sangat membantu apa yang aku rasa kini.”

“Bila aku menganalisa sebaik mungkin, aku sangat jelas bukan detik itu(tergelincir) yang menyebabkan Liverpool gagal bergelar juara tapi itu sebahagian dari aku dalam fikiran aku masih memikirkan perkara ini.”

Gerrard sedar gelinciran itu bukan penyebab kepada kegagalan Liverpool tetapi tidak mampu untuk melupakan peristiwa itu.

“Brendan Rodgers cakap penggantungan Jordan Henderson telah membunuh kami.. Gol sendiri Kolo Toure ketika sedang mendahului Wast Brom mengakibatkan seri dan kehilangan dua mata.”

“Benda seperti itu kerap terjadi pada musim itu, itulah antara hujah orang ramai untuk menyedapkan hati aku,”

Liverpool menang Champions League memberi kegembiraan buat peminat dan memberi kesembuhan kepada Gerrard.

“Ketika Liverpool menang Champions League, aku lihat penyokong kembali gembira dan membuatkan aku rasa lebih baik kembali.”

“Selepas tewas kepada Real Madrid penyokong sangat sedih tetapi kejuaraan Champions League musim lalu merupakan detik penyembuhan buat aku.”

Menang Premier League dan membawa Rangers muncul juara akan lebih membantu Gerrard sembuh dari luka lama.

“Aku fikir menang liga akan lebih membantu dan jika melalui musim cemerlang bersama Rangers juga satu kesembuhan yang abadi kerana aku dihantui detik yang sukar.”

“Perkara ini lebih sukar daripada apa yang orang fikir. Hanya detik itu dalam 20 tahun karier, aku berasa kaku keseluruhan badan.”

Luka Tergelincir Tidak Pernah Sembuh

Pada bulan Mac 2019 sebelum Liverpool menjulang Champions League, Gerrard pernah akui luka tergelincir tidak pernah sembuh sentiasa menghantui dirinya sehingga kini.

“Luka ini tidak pernah tertutup sejak terjadi peristiwa itu. Aku tidak pasti adakah luka ini akan tertutup kerana aku tidak mampu mengubah masa silam. Perkara ini tidak memberi kesan kepada apa yang aku lakukan sekarang..”

“Aku tidak menjadi gila kerana peristiwa itu. Pada masa yang sama, itu merupakan satu tahun yang besar. Trofi yang menghilang ketika hampir didakap. Aku selalu memikirkan perkara ini dan harap ia akan berubah.”

blank
Gerrard dikerumuni peminat di alam nyata hampir menyerupai babak dalam cerita Superman.

Nyata insiden itu telah menghantui Gerrard walaupun telah bersara dan bergelar seorang pengurus namun peristiwa itu tidak mempengaruhi perasaannya.

“Secara jujur, itu merupakan satu masa yang sukar bagi aku. Aku penduduk tempatan(Liverpool), penyokong telah berada di situ sejak aku berusia 7 tahun.”

“Aku telah mengecap banyak perkara tetapi tidak cukup bertuah untuk menjulang gelaran Premiership. Aku fikir pasukan Liverpool sekarang menggunakan pengalaman lalu untuk membantu mereka mara.”

“Mereka mempunyai pemimpin hebat iaitu Jurgen yan aku pasti aku cuba sedaya-udaya mengurangkan tekanan dan kesangsian dari para pemain.”

Maka benarlah kata lelaki dari Malaysia ini yang bercerita tentang sejarah pelabuhan Liverpool yang selalu menjadi tempat kapal berlabuh kecuali satu kapal.

Kapal apakah itu?

https://www.facebook.com/100014655482264/videos/234001963764985/

Buat Penyokong Sejak 2019 Kenali Siapa Gerrard?

Steven Gerrard dilahirkan pada tanggal 30 Mei 1980. Dilahirkan di sebuat tempat bernama Whiston, Merseyside, England. Berketinggian 183 cm dan pandai menari tarian raver.

Beliau memulakan karier bola sepak apabila menyertai akademi pasukan bola sepak Liverpool pada usia baru mencecah 9 tahun.

Beliau berada di akademi tersebut sehingga berumur 17 tahun dan dengan bakat yang beliau ada, Liverpool tidak menunggu lama untuk menandatangani kontrak profesional pertama beliau.

blank
Ngeeeeeeeeee

Selepas itu beliau tidak lagi menoleh ke belakang kerana beliau tidak mempunyai side mirror untuk menoleh. Beliau membantu Liverpool meraih pelbagai trofi atau piala.

Sebut sahaja piala apa yang belum dimenanginya. 2 Piala FA, 3 kali Piala Liga (Carling Cup) , 1 Piala Juara-Juara Liga (Champion League), 1 Piala UEFA, 1 Piala Comunity Shield dan 1 Piala UEFA Super.

blank

Bekas ketua pasukan England ini telah bermain sebanyak 710 kali untuk The Reds, memenangi 8 trofi utama. Gerrard meninggalkan Liverpool pada 2015 untuk ke La Galaxy dan kemudian bersara.

Jangan di cari mana piala Liga Perdana Inggeris. Memang tak ada. Itu adalah satu-satunya piala yang beliau inginkan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.